d"(cerita dak poyosz)"b: Jun 2012

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

13 Jun 2012

Berita Baik!

Lama aku tak update blog ni... rasa dah macam malas nak menaip jek... serius memang malas... dalam pada aku tak menaip untuk sekian lamanya ni... banyak jugaklah benda yang baik terjadi pada aku... alhamdulillah~ aku bersyukur sangat-sangat... sebab benda aku tak terfikir akan datang sekali... hihihihihi... benda yang baik tak elok simpan,kan? jadinya aku nak berkongsi dengan korang...
1) aku MENGANDUNG!!! yey!!!
2) aku dapat BERTUKAR ke negeri Melaka!!! yey lagi!!!
Haa... tu jekla... 
Masa mula-mula tau aku mengandung tu, aku rasa macam tak percaya jek... betul ke aku ngandung ni?? siap buat pregnantcy test tu banyak kali... kebetulan aku beli yang dalam satu paket tu ada 2... so aku try la dua-dua untuk mendapatkan kesahihannya... huhuhuhuh... memang seronoklah kan bila nampak dua-dua line kat situ timbul... tapi pudar... mungkin sebab baru lagi tu masa tu... dan sekarang kalau ikut perkiraan aku... mungkin dah sebulan kot... tak sabar nak beli baju baby... comel-comel... geram!!!

Selang beberapa hari kemudian, aku dapat panggilan telefon dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengatakan permohonan aku bertukar ke Melaka berjaya! yey~!! semua orang cakap rezeki anak... dan aku hanya tersenyum sambil menyebut Alhamdulillah~! terima kasih Allah!!! dan ucapan terima kasih jugak kepada Encik Darul Azuan kerana menguruskan pertukaran kami yang dapat bertukar ni... 

Dan sekarang aku berada di pejabat yang baru... dengan persekitaran yang baru dan kenalan yang baru... tapi yang lama aku tetap takkan lupakan... sebab disitulah aku bermula bekerja sebagai Penjawat Awam dan mengenali sahabat-sahabat... serius rindu sangat pada kamu semua... korang baca tak blog aku ni?? masa hari terakhir tu, rasa macam tak percaya pulak yang aku akan bertukar pejabat... sedih wooo~ siap nangis-nangis lagi... rasa macam taknak pindah pun ada... tapi kerana sayang ku pada incik paraparasakura, terpaksa jua aku pergi... chewah! 


taipan oleh :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!