d"(cerita dak poyosz)"b: Ogos 2011

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

25 Ogos 2011

A.D.A~

awak ADA bila saya gembira...
awak ADA bila saya sedih...
awak ADA bila saya bahagia...
awak ADA bila saya resah...

awak ADA bila saya ketawa...
awak ADA bila saya menangis...
awak ADA bila saya bercerita...
awak ADA bila saya terguris...

bila saya sepi, awak ADA...
bila saya merajuk, awak ADA...
bila saya marah, awak ADA...
bila saya membebel, awak ADA...

awak adalah yang terbaik yang pernah saya ADA...
di mana saya berada, awak ADA...
walaupun kita terpisah beratus batu, awak seperti ADA bersama saya...
ADA nya awak ADA nya saya...
dan saya cuma ADA awak...

terima kasih MOHD NORHADI~ kerana sudi melayan kerenah saya yang kadang-kadang sengal + giler... terima kasih kerana sudi menjadikan saya sebagai ISTERI awak... terima kasih kerana sudi mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut saya... terima kasih jugak sebab selalu cuba nak penuhkan permintaan saya walaupun kadang-kadang kena marah dulu baru dapat... terima kasih sebab dodoikan saya dengan lagu Sempurna by Gita Gutawa dan Sketsa Sebuah Cinta by MAY sebelum tido... terima kasih sebab tak pernah lepaskan pegangan tangan ketika kita berjalan... terima kasih kerana katakan biskut yang saya buat khas untuk awak tu SEDAP~ terima kasih sangat-sangat sebab sangat bersabar dalam menghadapi perangai saya yang pelik-pelik ni... awak sangat COOL~  terima kasih sebab selalu ada di saat saya perlukan awak walaupun kadang-kadang lambat angkat call dan balas SMS... terima kasih sebab dukung saya sampai awak sakit-sakit pinggang... terima kasih kerana sanggup menahan telinga mendengar nyanyian sumbang saya di dalam kereta... terima kasih sebab selalu marah saya bila saya bawak kereta laju-laju... terima kaseh kerana selalu ingatkan saya makan panadol walaupun saya cuma pening tengok kerja yang berlambak-lambak... terima kasih sebab tak pernah lupakan saya... terima kasih sebab selalu katakan TIDAK BOLEH apabila mata saya sudah memandang ke arah kasut-kasut dekat kedai dan berkata "kasut dalam kereta tu nak buat bundle ke?"... terima kasih kerana sudi jadi perunding imej dan pakar kecantikan tak bertauliah saya... terima kasih sebab selalu dengar rungutan saya... terima kasih jugak kerana selalu kirakan jerawat saya... sebab tu makin bertambah-tambah... terima kasih sebab selalu tegur saya bila saya buat salah... terima kasih sebab selalu bawak saya naik motor skuter V1 awak tu... laju sangat~
...terima kasih untuk SEGALA-GALANYA...

saya selalu kata "abang ni tak romantik la...", "eeee...ada ke...tak romantik betol abang ni...", "wat lah macam ni baru romantik, tu pun kena bitau ke..."


~awak memang TAK ROMANTIK tapi awak sangat SWEET tanpa saya sedari~


...semoga kita kekal bahagia bersama hingga ke syurga...

18 Ogos 2011

Kueh~ Kueh~!!

Masa cuti Hari Nuzul al-Quran semalam, aku dengan rajinnya telah buat kueh raya. apa?? nak tempah ke? belom boleh nak tempah lagi kot. cehh... perasan giler ko ni... sebab aku sorang-sorang jek buat. nak habeskan satu (1) adunan pun terkial-kial ni kan pulak yang beradunan-adunan. so semalam aku telah buat Biskut Hazel Paris asek Almond London jek aku tukar la Hazel Paris lak... aku tak pakai almond iaitu badam... tapi aku guna hazelnut... tak kesahlah London ke Paris ke janji sodap dimakan. aku bangun di awal pagi macam nak pergi kerje tu. semangat giler siot orang Johor kate. tapi tido baliklah pastu. ngantok sangat. mind da ter'set "arini kan cuti... bangun awal watpe..." betol tak? korang pun samakan? jangan nak temberang lah.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk Biskut Hazel Paris:-
1 buku (250gm) butter - aku guna Buttercup
120gm gula castor
120gm gajus/badam - aku pilih gajus
240gm tepung gandum - guna lebih kalau adunan terlembik
Hazelnut secukupnya - dibakar sekejap
Esen Vanilla secukup rasa
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang sebagai hiasan

Cara-caranya:-
1) Pukul butter + gula + esen vanilla - tapi aku gaul pakai tangan jek kata air tangan.

2) Gajus dikisar halus dan campurkan ke dalam adunan butter + gula + esen vanilla tu tadi - pun aku gaul pakai tangan jek

3) Masukkan tepung gandum sikit demi sikit, jangan gelojoh nak masukkan semua - ni pun aku gaul pakai tangan jugak *kalau rasa adunan terlembik, tambah tepung sikit demi sikit*

4) Bila adunan kelihatan perfect, da bolehlah gentel-gentelkan dia atau bulat-bulatkan dia dan jangan lupa letakkan hazelnut tersebut, barulah jadi Biskut Hazel Paris tak gitu??

5) Bila da hazelnut tersebut berjaya tersembunyi di dalamnya, bolehlah masukkan ke dalam cup. Oh yer! jangan buat terlalu besar yer, nanti dia kembang, penuh pulak cup tu. pastu taktau nak bubuh coklat tu kat mana, bubuh dalam mulutlah. terasa aku tau... oleh itu, buatlah yang sedang-sedang aja atau ikut saiz hazelnut tersebut. Bila da penuh loyang, bolehlah bakar dalam oven dengan suhu 125darjah selama 20minit.

6) Jangan lupa double-boiler kan coklat masakan. dan biarkan dia mencair. bila biskutnya da masak, biarkan sejuk sikit pastu barulah boleh bubuh coklat yang cair tu atas biskut tersebut.

 7) Hiaskan dengan badam cincang atas biskut tersebut.

TARRRRRRRRRAAAAAAAkucakuca~


12 Ogos 2011

Nak Tak Nak -vs- Dapat Tak Dapat

Korang selalu tak, dapat apa yang korang nak? apa yang korang list kan, semua tu dapat belaka dengan mudahnya tanpa sebarang dugaan dan cobaan? betul ke tu selalu? cuba fikir balik, betul ke? dan cuba fikir pulak apa yang korang dapat tu betul ke apa yang korang nak? ada tak korang dapat tu apa yang korang tak nak? apa yang nak, tak dapat. apa yang dapat, taknak. apa yang taknak, dapat. haa... *pening*
takdenya kita akan dapat 100% apa yang kita nak... cayolah cakap den ni ha... kecuali soalan exam objektif~

Mesti pernah kan alami macam tu. nak macam ni, tapi dapat macam tu pulak. lain dari yang kita nak. kadang-kadang tu taknak yang itu, tapi dapat pulak yang itu. dah tuh apa yang kita dapat tu, mestilah kita taknak. betul tak kawan-kawan?

Situasi yang aku alami:-
  • aku memang bertekad NAK kerja dengan gomen, so aku isi lah borang SPA online dan aku DAPAT panggilan interview dari SPA - mestilah aku seronok dan berharap aku lulus dalam interview then senanglah aku terus dapat kerja gomen. TAPI!! aku TAK DAPAT dan tak lulus dalam interview tu - kecewalah aku. NAMUN!! aku DAPAT interview lagi dari SPA untuk jawatan yang sama - haa... yang ni lah aku TAKNAK sebenarnya. kena interview lagi berulang-ulang kali. bukan sekali dua. tapi EMPAT kali. sampai aku dah boleh agak dah orang tu nak tanya aku apa.
Interviewer itu akan tanya:-
 First sekali beliau akan suruh "Ceritakan tentang diri anda" untung yang itu. Tapi kena ready jugak kalau beliau ada ayat tambahan di belakang "... dalam Bahasa Inggeris" dan aku penah jugak kena interview 'fully english' dari awal sampai ke akhir interview tu, speaking London jeklah aku.
Second, beliau akan tanya "Apa yang anda lakukan sekarang" atau "Pengalaman kerja yang anda ada"
Third, "Isu-isu semasa yang anda tahu" dan untung yang itu. sebab kira general lagi lah kan. kot beliau tanya "Suratkhabar hari ini isu berkaitan apa" haa... so ready-readykan lah diri anda dengan suratkhabar di sisi.
Memang kesemua interview yang aku datang, mereka akan tanya soalan ni walaupun interviewer tu orang yang berlainan dan pada tarikh yang lain. tempat dan masa pun lain jugak. soalan ni memang wajib dia tanya.
tapi sebenarnya aku pun ada terfikir jugak nape aku asek tak dapat jek, maybe NIAT aku masa tu salah. kawan-kawan, kita dalam buat apa perkara sekalipun niat kita mestilah betul. ada ke patut aku nak dapat kerja gomen tu sebab senang aku nak hidup sendiri berdikari tanpa perhatian dari mak abah. so memang salah dah tu. tapi Alhamdulillah aku dapat jugak masuk gomen lepas interview yang ke-4 tu. sebab aku dah perbetulkan niat aku. dan niat aku tu adalah..... RAHSIA!!!
 ...alhamdulillah~...
  • Ok next. dulu masa aku budak-budak sekolah lagi, aku kalau boleh memang TAKNAK bakal hubby aku nanti tu seorang askar ke, polis ke, bomba ke, dan pape jekla janji yang beruniform. sebab masa tu aku fikir, orang-orang beruniform ni kerjanya aseklah pindah rumah jek. sian lah anak-anak aku nanti. sekolah tak sempat nak abes, kena pindah pulak sekolah. TAPI!! bila dah besar ni, DAPAT pulak aku hubby seorang askar. haaa...amek ko... aku redha jeklah. dah jodoh... nak buat macamna...

  • Pastu sekarang ni kan dah nak raya. padahal baru puasa yang ke-12. aku sebagai pengantin baru actually pengantin basi mestilah NAK beraya dengan si dear~ suamikucayangbucuk tu. tapi aku TAK DAPAT sebab si dear~ berkhidmat untuk negara. askar kan... poyo giler... dan apa yang aku DAPAT, dapat beraya dengan mak mertua + bapak mertua + adek bradek ipar yang lain. errr... oklah tu...

  • Lepas tu bila dah beraya dengan keluarga mertua, mestilah aku TAK DAPAT beraya dengan mak + abah aku. dan itu lah yang aku TAKNAK tapi aku DAPAT. sorry lah mak + abah dan adek-bradek yang lain sebab tak dapat follow balik raya Negeri Sembilan. sob...sob...sob... T_T
Papepun kat sini, kita sepatutnya patut bersyukur dengan apa yang kita dah dapat. memang kat dalam dunia tak semua mende yang kita nak, kita akan dapat. setiap apa yang kita dapat tu sebenarnya terselit 1001 hikmah yang mungkin kita tak pernah sedari. yang penting kita bersyukur. mungkin kita tak dapat sebijik yang macam kita nak, tapi kalau dapat yang sipi-sipi nak sama tu pun kira oklah kan.
Dan yang penting sekali jangan kita bezakan apa yang kita pernah dapat sebelum ni dengan apa yang kita dapat sekarang. eh... tiba-tiba lari sikit topik... apa yang kita ada sekarang itu lah terbaik untuk kita sebenarnya.

09 Ogos 2011

Meeting @ Mesyuarat = B.O.R.I.N.G!!!

Haaaa!!! sapa kat sini suka masuk meeting @ mesyuarat sila angkat tangan... tolonglah angkat tangan...

sukenye mereka ni...

Kepada yang suka, aku ucapkan TAHNIAH!! kerana suka anda itu saya tak suka... boleh gitu?? aku ni boleh dikatakan setiap minggu kena masuk meeting... fedup giler siot kalau dapat memo atau surat meeting yang ada cop penunjuk jari ke arah nama aku... rasa gelap jek dunia ni... kadang-kadang tu nama aku tak tersenarai tapi tiba-tiba atas surat tu ada pulak tercatat <NamaAku> sila hadir... tapi ni memang jarang sekali berlaku... pastu ada sign secoet kat bawah contengan tersebut... korang mesti ingat, "Wah masuk meeting seronoknya... popularnya... jawatan besar tuh! mesti busykan dia ni... orang harapan ni... pandai wat kerja memanglah selalu masuk meeting..." arrghhhh! tu semua dusta semata-mata! eh... macam dalam drama 60-an pulak... takde maknenya seronok kalau dah namanya meeting... orang popular ke suam-suam kuku ke... jawatan besar or kecik... busy ke tak busy ke... malas ke rajin... semuanya akan rasa masuk meeting... mungkin nama korang memang takde asalnya... tapi TIBA-TIBA jek ter'ada' sebab orang atasan korang arahkan... so... rasa lah masuk meeting yang sangat best tu... <tangan di bahu, mata ke atas> dulu masa mula-mula kena masuk meeting, aku pun adalah rasa sedikit teruja... first time meeting besar beb... dengan Big Bos lak tu... nak tengok jugak macam mana rupanya orang berjawatan besar ni berbincang sesama mereka... 


Kadang-kadang meeting tu takde apa pun... saja mengisi waktu senggang Big Bos aku... Big Bos aku ni memang suka sangat buat meeting tergempar... tergempur jugaklah pegawai-pegawai aku tuh... menggelabah cari bahan... daripada mende tu sepatutnya siap 3hari... tiba-tiba kena paksa siap dalam 1hari... buatlah macam mana sekalipun yang penting "Esok ada atas meja saya..." haallllaaammmaaakkk... ayat keramat pegawai-pegawai aku... padahal mende tu kadang-kadang baru jek rancang tadi sambil bergelak ketawa... bila dah dapat panggilan maut cakap ada mesyuarat esok harinya... mesyuarat tergempar Big Bos aku ni memang jarang sekali ada memo... beliau main call jek... telefon berbunyi ringring~ apa lagi pegawai-pegawai aku bertukar terus perwatakan... BERTUKAR!! naseb baik tak jadi raksasa... kalau tak, aku jadi Ultraman fire diorang semua... senang hidup aku...

Dan bila dah masuk meeting biasanya aku akan:-
...termenung... raya mane lah aku tahun ni...

...exercise tangan...

Aku memang tak suka nak masuk meeting... TAK SUKE! TAK SUKE! TAK SUKE!!
...tolonglah bos... janganlah senaraikan nama saya masuk meeting...

Aku rasa sangat boring tengok orang atasan bergaduh dalam meeting... macam budak-budak pun ada... yang nak ikut kepala sendirinye lah... dengan degilnya... macam tak matang pulak... yang suka melalut-lalut lain pulak citer... kadang-kadang tu boleh pulak bersambung... dari jam 9.00 pagi sampai 1.00 petang tak habes berbincang... sambung pulak pukul 2.30 petang sampai pukul 5.00 petang... satu hari suntuk bermesyuarat... padahal agendanya takdelah berat sangat... maybe kat tempat aku jek kot keadaan meetingnya macam ni... tempat lain tak kot... dari aku masuk meeting yang boleh buat otak aku tepu, baiklah aku duduk diam-diam dalam bilik layan blog + FaceB (kate laki aku...) + jugak buat kerja yang melambak-lambak atas meja ni...

Kesimpulannya:-
Meeting @ Mesyuarat = B.O.R.I.N.G!
...boring~ boring~ boring~ boring~ boring~...
...booooooooooooo~!!!!...

05 Ogos 2011

R.I.N.D.U Zaman Kecik-Kecik~!

Rindu?? yer... aku memang rindu... rindukan saat dolu-dolu... zaman kecik-kecik, zaman sekolah, zaman kolej dan zaman anak dara... chewah!! tetiba rasa rindu sangat... confirm lah aku tak boleh nak ulang masa yang dah lepas tu semua... yang hanya boleh, MENGINGATI!
~eppy nye mereka~
...gambar ini tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia...

Zaman kecik-kecik!
Aku sangat nakal... takda lah nakal sangat... tapi nakal lah jugak... kalau tak nakal, takkan lah kepala aku bocor dua kali... dua kali tu beb... sakit wooo kena jahit...
Kes Pertama:
Lepas makan malam bersama mak + abah + adek-bradek yang lain... kami memang suka makan secara berjemaah...  aku pun dengan gediknya mintak abang aku yang nombor tiga tu dukung... abang aku ada lima orang masa tu... ala... dukung yang kat belakang macam bawak beg sekolah tuh... dah dukung aku pun sangat eppy lah kan... tiba-tiba abang aku rasa tak stabil... aku gelenyar sangat kot... kami pun terjatuh ke belakang... means aku jatuh dulu, dan abang aku jatuh atas aku... dan kepala aku masa tu terhantuk di bendul pintu belakang... mak aih... masa tuh sakitnya Allah jek yang tau... menangis kot aku... usap-usap tengok berdarah... lagi ngeri lah aku... mak abah aku pun nak bawak pi hospital... abang-abang aku cakap nanti kena jahit kat kepala... aku ni mati-mati lah taknak... sekali mak aku pun kata "Biar dia taknak... nanti malam-malam cicak ke lipas ke masuk bertelur dalam kepala dia" aku pun... "Ha???" sebab masa tu aku bayangkan kepala aku berlubang nampak otak... so kalau dah cicak atau lipas yang masuk lalu bertelur dan mereka sekeluarga tinggal di dalam kepala aku, apakah yang akan terjadi kepada aku nanti?? aku pun cepat-cepat bangun bersemangat nak pi hospital... adussss... kena jahit... menangis aku...
Kes Kedua :
Masa tu aku main basikal... ala basikal yang ada tempat pembonceng kat belakang dan ada bakul kat depan tu... yang budak-budak pompuan punya basikal lah... aku ni dengan pandainya duduk lah kat tempat pembonceng yang ke bawah sikit tu... dan terus mengayuh dengan lajunya... ntah macam mana masa aku nak berhenti tu tiba-tiba aku jatuh... aleh-aleh basikal tu atas aku... aku pun musykil jugak time tu... macam mana ntah boleh jadi macam tu... confirm la bila dah jatuh tu aku terbaring terlentang... kawan-kawan pun tolong bangunkan aku... bangun-bangun jek diorang tengok kepala aku berdarah kat belakang...apa lagi kecoh lah panggil abah aku... "Pak Mamud!! Pak Mamud!! Iza kepala berdarah!!" apa lagi abah aku tuh... mesti  lah menggelabah... anak dia sorang jek pompuan... kang mereng kang takde sapa pulak yang nak... bila abah aku tengok-tengok rupa-rupanya bekas bocor kes pertama di atas yang terbukak balik... jadinya abah aku cuma bubuh minyak gamat jek... mungkin tak serius kot... so takyahlah pegi hospital... yey~!!
Pastu nanti kalau abah dah nak balik kerja... aku mesti duduk kat tepi tingkap... sambil menunggu kereta abah aku lalu depan rumah... bila nampak jek kereta abah aku... mesti aku akan bernyanyi dengan riangnya... "Yeye... abah balik... dua posen~!! Yeye... abah balik... dua posen~!!" aku akan nyanyi sampai kereta abah aku berhenti dan aku akan keluar rumah pergi ke abah yang baru nak turun kereta sambil tadah tangan... kadang-kadang tu aku yang tolong bukak pintu kereta... pastu cakap "Abah... nak dua posen..." masa tuh dua posen boleh dapat twiestis... jajan super ring... gula-gula dapat sepuluh bijik kot masa tuh... dapat makan aiskem lagi... aiskem perisa sarsi tu... takpun coklat... ala... yang sampulnya pakai kertas putih jek... ada perisa kacang lah... tapi aku paling suka sarsi dan coklat... sedap... 
~kereta macam ni lah yang aku selalu tunggu-tunggu setiap petang~
...tapi ni bukan kereta abah aku...

Kalau balik kampung pulak... mesti aku, adek aku ngan abang sorang duduk kat belakang... kan luas belakang tu... lepas dah susun-susun beg keliling, tengah-tengahnya kitorang yang duduk... siap bentang toto lagi... memang syokla... tapi selalunya pening lah duduk situ... sebab duduk dekat dengan tayar belakang...  aku pun apa lagi terbaring jekla... nak berhenti makan kat kedai makan, nanti macam-macam kerenah pulak... so bawak bekal dapat menjimatkan duit dan masa... kadang-kadang tu siap berhenti kat kebun orang... berkelah kejap... seronoknya masa tuh~

Banyak bendalah yang buatkan teringat zaman kecik-kecik... ingat lagi benda-benda yang hot masa tuh???

Beli pemadam untuk Permainan Lawan Pemadam... pemadam sape yang kena hempap, KALAH!


Antara kartun yang diminati masa tu... siap beli komik lagi...

Tora datang lagi~ teringat suara Mat Sentul dalam iklan ni...



 Orang nak kasut roda, aku pun nak... orang sebok main yoyo, aku pun nak jugak...
...tapi kasut roda dan yoyo di atas bukanlah kepunyaan aku...

Haaaa... kesukaan aku... orang Johor mesti tau ni ape... ni la dia GULA TARIK! sedap giler siot... memang sedap... dah nama pun gula tarik... mestila apabila memakannya kena tarik-tarik... aku cuma dapat makan gula tarik ni masa zaman sekolah agama jek... masa tu tak henggat plak aku beli punya lah banyak... duit abes kat gula tarik jek... tu pun sebab makcik yang jual jajan-jajan yang jual... tapi kejap jek aku dapat merasa kenikmatan gula tarik ni... sebab makcik tu dah tak jual gula tarik lagi... takde stok katanya... lepas dari tu aku dah tak jumpa dah gula tarik yang macam ni... kalau korang tau pengusaha gula tarik seperti di dalam itu gambar, boleh lah roger-roger aku...
~taaaaddaaaa~

04 Ogos 2011

HelliesShisha kini di Pandan Jaya~!!


Haaaa... anda peminat shisha? atau anda penghisap shisha tegar? jom try shisha di HelliesShisha, charcoal from heal, taste from heaven... hallamaakkk... heaven sangat ke? perisa yang disediakan pun boleh tahan... macam-macam ada... dan harganya bagi aku pun berpatutan... takda lah mahal sangat bagi orang Kay Yel... bong pun ada macam-macam jenis bong... two head, four head... Headwind jek yang takda...

...perisa Sex On The Beach?? errr...perisa ape tuh eh??...

Siap ada promosi lagi untuk para ladies sahaja... LADIES SAHAJA yer... yang lelaki nak try pakai skirt pun boleh... tapi duduk jauh sikit lah... dan kena + 50% dari harga bong sebab cuba bertindak merosakkan bisnes... ok... promosi tersebut hanyalah pada Khamis malam Jumaat... kate ladies nite... tapi para ladies dan yang tak ladies pun seeloknya pergi meng'Shisha'kan diri selepas membaca Yassin lah yer pada malam tersebut... seronok, seronok jugak... lepak, lepak jugak... bekalan dunia kekal nanti pun kena ada jugak...

Aku nak cerita sikit pasal HelliesShisha... sebelum ni, HelliesShisha beroperasi di Minyak Beku, Batu Pahat, Johor... kemudian pindah pulak kat Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat, Johor berdekatan dengan kedai makan Sri Sena Corner... disebabkan ketiadaan orang untuk menguruskan HelliesShisha tersebut, maka terpaksa ditutup sementara waktu...

...HelliesShisha yang dolu-dolu...

Namun begitu, HelliesShisha kini kembali beroperasi berdekatan dengan LRT Pandan Jaya, KL dengan style yang lebih mengancam... so... kepada orang-orang Kay Yel yang berdekatan jangan lupa try keasyikan shisha di HelliesShisha, LRT Pandan Jaya... waktu operasi HelliesShisha adalah seperti berikut:-

Workhour :
Monday (Offday)
Tuesday  - Thursday (8.00pm - 1.00am)
Friday - Sunday (8.00pm - 2.00am +)

~Untuk maklumat lanjut sila layari dan LIKE page HelliesShisha~
~Ataupun ADD malaun sorang ni Hellies da RedLong~
...dia merupakan owner HelliesShisha...
...dan bolehlah menghubungi beliau di talian 0137937553...


Lokasinya:-
...area belon A tu...

03 Ogos 2011

Hari Kedua Puasa~!


Anda masih berpuasa? Kalau masih berpuasa, alhamdulillah... macam mana dengan hari pertama puasa korang? ni dah nak masuk hari ketiga baru nak tanya hari pertama... mesti ada yang melepek-lepek kan... macam ni...
alalala~ ciannye ia ni...

Comel apa tu... tajuk post aku Hari Kedua Puasa... mesti tertanya-tanya mana post Hari Pertama Puasa... chewah... bajet orang nak tertanya-tanya... ntah diorang baca ke tak blog ko ni... perasan giler... biar ar!!! takpela... korang tertanya-tanya ke tak tertanya-tanya ke aku tetap nak bitau jugak... hari pertama puasa tu kan yang aku update banyak giler post yang ntah pape dalam blog ni... haa... tu kira hari pertama lah tu... teeheeeehheeee~ kan da nampak sengalnye budak ni... 

Hari ni dah nak masuk hari ketiga puasa... harap-harap korang masih steady... tajuk post pun Hari Kedua Puasa, marilah bercerita tentang hari kedua puasa anda... chewah... hari kedua puasa aku macam biasa... macam tahun-tahun lepas jugak... walaupun sekarang dah berjawatan isteri, aku tetap single di sini... *wink *wink... so semalam, aku dan housemate aku, Anak Wak Samad + Anak Pak Jasmani pun mula berperang di dapo lepas balik kerja... penat + seronok sebab dah lama tak masak-masak macam ni... menu berbuka semalam adalah... jengjengjeng~!!

*******************************************************************
*****************************************************************
***************************************************************
*************************************************************
***********************************************************
*********************************************************
*******************************************************
*****************************************************
***************************************************
*************************************************
***********************************************
*********************************************
*******************************************
*****************************************
***************************************
*************************************
***********************************
*********************************
*******************************
*****************************
***************************
*************************
***********************
*********************
*******************
*****************
***************
*************
***********
*********
*******
*****
***
*
AYAM MASAK KICAP!

Bahan-bahannya adalah :-
 
Biasala... bawang merah, bawah putih, garamsedikit halia, ayam yang di goreng... dah nama pun Ayam Masak Kicap mestilah ada kicapnya... tapi dalam itu gambar, kicapnya tak kelihatan sebab terlupa nak letak kat sebelah pinggan tu ha... kami menggunakan Kicap Manis Jalen... takde kicap Jalen, tak sedap tuan! Memandangkan kami satu rumah adalah hantu cili, jadi kitorang bubuh cili tu banyak giler untuk mendapatkan tahap kepedasan yang mengasyikan... lepas tu kalau nak sedap lagi, boleh lah letak blackpepper @ lada hitam... untuk memekat kaler kicap tu, kami bubuh sos tomato.. jadinya dia ade rase masam manis + pedas sikit... menurut kata anak Wak Samad + anak Pak Jasmani lah kan...




 cangcengcangceng~! tingtangtingtang~!

jadilah....
haaa... nampak... kan pekat tu... sampai ayam nye pun tak nampak... sebenarnye bukan resepi aku...
resepi anak Wak Samad + anak Pak Jasmani....

Bukan Ayam Masak Kicap jek yang kitorang masak... mestilah ada masakan lain... dan dah tentunye kitorang masak nasi... sepatutnye tanak nasi... bukan taknak nasi yer... maknanye berbeza di situ... kan sekarang guna bahasa shortform... taknak... pastu tanak... pastu lastnya jadila xnak... nak save jumlah perkataan dalam SMS punyae pasal... nak sebut macam mana ntah tu... ex-nak ke... sendiri paham la oiii!! apa aku melalut dah ni... menu kami yang kedua adalah... jengjengjeng~!!

SAYUR TUMIS JEK!!

Bahan-bahannya adalah:-
Macam biase jugaklah kan... bawang besar, bawang putih, garam, ikan bilis, cili, dan sayur-sayuran... sayur kali ni kitorang guna kobis dan carrot jek... owh... tak lupa juga sedikit air....nanti sayur tu takdelah kering kontang... anak Wak Samad ni taknak membazirkan hati ayam yang ada... jadinya dia campurkan sekali hati ayam tu dalam sayur...

  cangcengcangceng~! tingtangtingtang~!


jadilah...
Sayur Tumis Jek~!!

Haaa... tu jeklah menu kitorang berbuka semalam... simple jek... janji kenyang... makan-makan jugak... tapi seeloknya kita berbuka dengan manisan terlebih dahulu... contohnya seperti kurma... dah lepas makan tu semua, jangan jadi ular sawa pulak... tunaikanlah solat Terawih anda... kerana hanya di bulan Ramadan yang mulia jek kita semua jumpa solat Terawih.... hhmmmm... menu berbuka hari ni apa pulak ek???

02 Ogos 2011

Leia~

Tidak ku sangka hubungan kita
Akan di duga sebegini
Kerna ku jauh di kota
Dan kau pula menyepi di sana
Terpaksa menerima
Hakikatnya ku di sini
Dan kau pula di sana

Malam ini ku hadiahkan
Sebutir bintang pengganti kata-kata
Dengarlah janjiku padamu
Sang rembulan menemani
Sementara menanti waktu bersama
Sabarlah masanya kan tiba
Seringkali ku terbayangkan mu
Dalam mimpiku kau tersenyum
Sedihnya rasa pabila ku bangun
Dari nyenyak tidurku
Masih ku keseorangan
Kerna ku di sini
Dan kau pula jauh di sana

Hari demi hari ku nanti
Tiba malam hari
Kan ku pejam mata
Lihat kau tertawa
Dalam mimpi kita berdua
Terbang di angkasa
Hidup kita sempurna akhirnya



01 Ogos 2011

Sampai hati awak...

Bila da pos surat tu, hari-hari saya tunggu awal call... tak menyabar la katakan... tunggu punye tunggu punye tunggu adela nak dekat seminggu jugak... takde jugak... takpe... saya elex lagi... sampai la satu malam tu handphone saya bunyik... kuar nombor +60743***56 (sebenarnye da lupe...aku main letak jek)... eh... nombor pelik jek ni... orang kate kalau dua digit terakhir dicampurkan = 11 maknenye tu adelah nombor publicphone... saya pun ape lagi mesti la rase bedebar padahal tak angkat lagi call tu... "Elloww..." saya kate... saya dengar ade suare menyahut kat hujung talian tu... chewah... tapi suarenye macam tak berapa nak familiar jek... rupe-rupenye yang call saya tu namenye Epi, dan die adalah kawan kepada awak... sampaikan hati awak bagi nombor telefon saya kat orang lain... ingat saya ni patung ke boleh main pas-pas... hampeh betol... saya mule rase bengang... tapi saya besabar lagi dan selidik macamne awak boleh nak bagi nombor saya pada orang lain ni... Epi kate awak pemalu dan segan nak cakap ngan pompuan... sebab tu awak suruh die yang call saya... huh! ingat saya nak caye ke?? cheettttt... tapi takpe... saya layankan jek Epi tu... kadang-kadang saya dengar suare awak menyampuk kat belakang tu... cakap taknak, menyampuk pandai plak... naseb baik mase tu tangan saya takleh kuar dari ganggang publicphone tu... kalau tak da lame ade cop Body Glove kat pipi awak tu...

Setiap malam jugakla Epi call saya... dan saya macam biase... layan jek... mase tu da nak Hari Merdeka... saya pun cakap kat Epi, "Jom la jumpe mase malam Merdeka nanti... ajak la Hadi sekali... boleh tengok bunga api..." ayat pancing nak jumpe awak... Epi cakap takdehal... die on jek... pada malam yang dijanjikan, saya dan kawan baik saya, Wawa pun pergi Dataran Batu Pahat... tempat yang memang selalunya ade macam-macam program... malam tu ramai giler orang... pulak tu line telefon malam tu memang jem abes... nak call Epi tak dapat, Epi call saya pun tak dapat... saya dan Wawa redha jek la... kalau terjumpe, jumpe la... da penat cuci mate, saya dan Wawa pun duduk kat tengah-tengah divider Jalan Rahmat yang depan Shell tu... penat berjalan... sambil bebual, mate saya pun melilau tengok orang-orang yang lalu lalang... tetibe saya ternampak sesusuk tubuh belakang seseorang... saya bangun da kejar... bukan kejar sebenarnye, jalan dengan laju jek... saya pun panggel "Hadi... Hadi... Hadi!!" awak toleh... haaaa... betol la awak... saya pun tak sangke saya boleh cam belakang awak... hebat jugak saya ni rupenye... saya pun tanya "Mane Epi??" awak  pun bawak saya dan Wawa jumpe Epi... sepatutnye Epi yang bawak saya jumpe awak... ni suda tebalik pulak... awak kate Epi tu pemalu... haa sudah... yang Epi kate awak pemalu, yang awak kate die... memang elok la tu korang berkawan... kang ade yang dua-dua dapat cop Body Glove...


Bile da sampai kat tempat Epi tu, mak aihh... ramai pulak kawan-kawan awak... malu da ni... tu la sape suruh gatal lagi... saya pun cakap "Jom la jalan..." saya cakap tu pada awak... tapi masalahnye bukan awak jek yang angguk, kawan-kawan awak sekali angguk... kite pun jalan beramai-ramai di tengah ramai-ramai orang... ntah macamne awak boleh pulak ikut kawan awak... tinggalkan saya dan Wawa bersama Abang Man dan kawannye (saya tak ingat la namenye ape)... frust tau saya... saya nak tengok bunga api tu dengan awak... bukan dengan Abang Man... tak memasal jek... rosak program aku!! tapi naseb baik Abang Man tu comel...

P.E.R.T.A.M.A

Pertama? tahun ni banyak sangat mende yang berlaku pada aku adalah pertama kalinya berlaku... pertama, pertama kali aku berkahwin untuk tahun ni... mintak dijauhkan la yang kedua, ketiga dan seterusnya... bagi aku biarla perkahwinan tu sekali seumur hidup... dan aku akan cube jadi yang terbaik dan sesempurna yang mungkin di mate si dear yang terchenta tu... bos aku yang nun jauh kat London tu siap anta e-mel ucapkan tahniah dan meninggalkan beberapa tips untuk menjage rumahtangga dengan baik... chewah~
Tips-tips beliau adalah:- 
  1. Jaga makannya yakni makanan yang dihidangkan seharusnya baik supaya kesihatannya terjaga terutama air madu dan telur.
  2.  Jaga tempat tidurnya yakni jangan biarkan tempat tidur suami anda berselerak dan busuk serta tidak terurus tetapi jadikan tempat tidur suami sebagai tempat yang paling wangi dan selesa untuknya dan anda.
  3. Jaga pakaiannya yakni selalu melihat dan menjadi penasihat pakaian suami yang paling disenanginya.
Kata Lukmanul Hakim kepada anaknya: "Wahai anakku, jangan engkau biarkan bau busuk badan kamu itu sampai ke hidung suami mu. Kelak dia akan tawar hati kepadamu."
Kedua, pertama kali aku dan si dear berjalan jauh sampai ke hujung Kelantan dengan hanya menaiki Vevvari kesayangan ku itu... memang jalan habis... perjalanan bermula dari Batu Pahat, Johor... kemudian singgah sebentar di Kampung Jerang, Jelebu, Negeri Sembilan (uma atok aku)... perjalanan diteruskan lagi pada hari yang same menuju ke Jeli, Kelantan... makkk aiihhh... memang jauh + penat + letih + lenguh + sengal tulang... Jeli tu kan da dekat-dekat dengan Thailand... bertolak dari BP pukul 12.30 tengahari... sampai kat uma atok pukul 4.00 petang... gerak ke Kelantan dari uma atok plak pukul 6.30 petang... sampai di Jeli tu pukul 5.00 pagi esoknye... makk oiiii... (O_o) pengsannnn...
sebenarnye pegi ke Jeli tu untuk hantar sepupu aku yang nak menikah... gambar pengantin baru yang sipi-sipi tu... pengantin lame saje nak interframe... kamera aku kan... ahahhahaha...

bile da tidur semalaman kat Jeli eh bukan semalaman la sepagian baru betol, gerak pulak ke Kota Bharu untuk menghadiri majlis kahwin housemate zaman belajar aku... tahniah Na Gebu~! sampai jugak aku kat umah ko walaupun aku hampir menyeberangi sungai dengan Vevvari... lepas majlis, kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai... memang mengasyikan... cantik jek pantai... bersih... motif utama ke Kuala Terengganu adalah untuk membeli kopok lekor... tidur semalam pulak dekat Kuala Terengganu... bile da shopping kopok lekor dengan dasatnye, kami pun balik ke Batu Pahat, Johor melalui jalan Kuantan - Segamat... sepanjang perjalanan balik tu, sempat la jugak kami berhenti berehat seketika di beberapa pantai...
 Pantai Kemasik...

Pantai Cherating...

dan alhamdulillah kami selamat sampai di uma pukul 1.00 pagi... x_x pengsan terus lepas tu...

Ketiga, pertama kali menyambut puasa sebagai jawatan seorang isteri... walaupun begitu, aku tetap tak dapat nak masakan lauk berbuka dan sahur untuk si dear setiap hari... aku hanya dapat mengejutkan si dear untuk bangun sahur dengan panggilan telefon... ke si dear yang kejutkan aku ek?? owh...dan hanya dapat meng'SMS "selamat berbuka puase" kepada si dear... harap maaf yer si dear... semoga masih ade Ramadan lagi untuk kite bersama... kepada kawan-kawan, aku ucapkan Selamat Berpuasa~! puase jangan tak puase tau...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!