d"(cerita dak poyosz)"b: 2013

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

09 Oktober 2013

Jalan-Jalan Hari Raya

17 Ogos 2013
Melaka -> Bangi -> Putrayajaya

18 Ogos 2013
Putrajaya -> Port Dickson

19 Ogos 2013
Port Dickson -> Melaka

Dan inilah adalah gambar kegirangan Aryan Furqan mandi di private swimming pool... ahahahahaha...
akhirnya hajat di hati nak bercuti dan bermalam di Grand Lexis Port Dickson tercapai jua... yey!!!

Servis sangat-sangat tiptop!! Saya sangat merekemenkan anda datang ke sana!!



Tu jekla sempat aku update... tak boleh nak fikir banyak tulis post ni... sebab otak ni lagi banyak nak kena fikir pasal kerja... kerja... kerja dan kerja...

Jangan ingat Penjawat Awam makan gaji buta yer... suka mengular... mungkin ada segelintir sahaja... tapi banyaknya macam aku ni haa... ahahahahaa... okla... bye~!


taipan oleh :

12 September 2013

Kenangan Lama...

Malam tadi tengah syok melayan Facebook...tiba-tiba di News Feed aku terkeluar satu gambar yang sangat mengimbau kenangan...

5 Februari 2007
KFC Bisu, Bandar Baru Sentul

Aku haruslah sangat ingat akan saat-saat ni... tapi kalau beliau lupa pun tak mengapa... hidup harus diteruskan tak kira dengan siapa dan di mana... kenangan adalah satu bahan sampingan yang mungkin bila teringat membuatkan kita tersenyum atau menangis...

Pertama kali nampak gambar ni bila terkeluar kat News Feed aku, secara jujurnya aku tersenyum... sebab saat itu adalah sangat happening~ planning yang menjadi dengan kerjasama Si Gambar Bunga itu...

Sobbb...sobbb...sobbb... tiba-tiba terasa sangat touching... okla... bye!!


taipan oleh :

28 Ogos 2013

Selamat Hari Raya!!

Selamat Hari Raya!!!! hoo?? dah nak habis raya baru sempat nak post pasal raya ke?? adakah ayat tersebut akan memahamkan korang yang aku terlalu sibuk?? chewahhh... ini semua poyo!!

...tahun ni raya rumah abah + mak mertua ku...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin!!!


taipan oleh :

08 Julai 2013

Selamat Menyambut Ramadan~!

...sumber Atok Google...

Alhamdulillah~ apabila ada sekotak kurma di atas meja, itu menunjukkan bulan Ramadan semakin hampir... tinggal lagi berapa hari jek lagi ni... kepada yang tak sempat nak ganti puasa tu, sila bayar fidyah yer... jangan lupa ganti puasa yang tak sempat tu pada tahun depan pulak...

Persediaan Ramadan kali ni... sudah tersedia sekotak kurma... pemberian Kelab Rekreasi dan Kebajikan PTG... barang-barang lain??? hmmmmm... rasanya semua dah ada, tinggal lauk harian jek... macam rajin sangat nak masak ni... 

Macam tahun lepas... cer baca POST ni... masa tu aku tak berapa nak masak sangat sebab kan mabuk-mabuk mengandung... waktu petang jek pulak tu... tahun ni pulak tak tahulah sempat masak ke tidak... masuk kerja sekarang pukul 7.30 pagi dah... jadinya balik pukul 4.30 petang... kalau tak sempat nak masak, tu maknanya ada gangguan dari Aryan Furqan... ahahahah... tetiba nak salah kan alabambamkutembam tu pulak... takdelah... ayat cover ke ni?? kalau masak pun, Incik Paraparasakura bukan jenis waktu berbuka makan banyak... beliau lebih suka makan yang simple tapi berulang... ahaa... yang penting masa sahur kena makan nasi... tahun lepas, aku memang masak time sahur... tak kesahlah lauk apa pun, Incik Paraparasakura bedal jek... pagi buta kan, selera jangan nak memilih sangatlah... memandangkan Incik Paraparasakura dah macam itu, aku pun terikutlah... mungkinkah boleh slim kembali pada Ramadan kali ni??

Dengan ini, aku + Incik Paraparasakura + Aryan Furqan (alabambamkutembam) mengucapkan...

Selamat Menyambut Ramadan~
...puasa jangan tak puasa...

Kepada yang nak slim kembali atau mengurangkan berat badan macam aku ni, elok sangatlah tu... sila kawal tahap kelaparan anda... kerana apabila sampai di bazar sahaja, macam-macam mende yang boleh buat kita terliur... beli macam-macam... dah beli tu, takkan tak habis pulak kan, membazir... jadinya kena habiskanlah... dah tu, lupakan saja angan-angan nak kembali slim tu yer~ apa yang penting kawal nafsu... kawal diri!!

~Selamat Berdiet juga~


taipan oleh :

05 Julai 2013

Makanan Pertama Aryan Furqan

Wahhh gitu!!! aku tersangatlah teruja nak bagi Aryan Furqan bambambammm ku ini makan... mula-mula berkeras aku nak bagi Aryan Furqan makan masa genap 6 bulan... tup tup tup... caiirrrr pulak... mana tak cair... menengokkan Aryan Furqan yang dah reti tengok orang makan... mulutnya pulak dah dok  chupchapchupchap... macam dia pulak yang mengunyah makanan... pulak tu, bila sekali tengok orang makan tak mengagak... ditenungnya mama ke ayahnya ke mak tok ke makan... lama giler tu tenung... saja nak suruh orang lain simpati kat dia... "Makan apa tu?Aryan pun nak jugak... tolonglah... nak rasa sikit... sikit pun jadilah..."

Oleh itu... aku pun terpaksalah berlembut hati untuk bagi Aryan Furqan makan masa sekarang iaitu pada usia 5 bulan setengah... ok kot... sebab nyusu dah makin kuat... kalau nyusu badan tu, rasanya sampai kering kontang dah mama dia punya ttttuuuuuuttttt... berat dia sekarang pun dah 8.5kg... aku rasa ok kot... okla... kan??

Jadinya minggu hari tu, aku dan Incik Paraparasakura pun bershopping sakan membeli perkakasan untuk menyediakan makanan Aryan Furqan...

siap blender lagi ko...
barang-barang ni aku dapat di Pacific @ BPMall + Mr D.I.Y @ Dataran Pahlawan
ternyata Mr D.I.Y lagi murah daaaa~

*kalau ada rezeki lebih, mama nak beli blender ni la Aryan Furqan...
dan ini buah-buahannya... epal dan pair...

Resepi Puri Epal :
2 biji buah Epal Fuji - kulitnya dibuang
Susu minuman bayi (tak kiralah EBM atau Formula)

Cara :
1) epal yang dibuang kulit tu dipotong-potong dan bolehlah dikukus... ada setengah orang rebus... ada jugak yg kata kalau rebus nanti hilang zat-zat dalam buah tu... jadinya, aku memilih untuk kukus... kukus pakai rice cooker jek...
2) bila dah kukus, kisarlah guna blender... taktau pulak kot-kot ada yang rajin nak menumbuk... ahahahha... aku sangat malas, jadinya blend saja... blend satu-satu lah yer... kalau buah epal, epal jek la... jangan lupa letak sekali susu minum bayi yer... EBM boleh... susu formula pun boleh...
ini hasilnya apabila epal yang dikukus + susu dikisar...

3) sesudah itu, bolehlah lecek atau lenyekkan dia biar halus... macam ni...
kan beza yang bawah dengan yang atas,kan??atas tu kasar...yang bawah lebih halus...

4)dah siap melecek atau melenyek, bolehlah masukkan dia dalam bekas ais yang bertutup... kalau tak jumpe bekas ais yang bertutup pun takpe... pakai yang biasa punya, tapi wrap la pakai pembalut jernih tu...

inilah hasilnya... dan bolehlah disimpan di freezer untuk proses pembekuan... ahahahah... siap satu!!! next!! cara yang sama, buah yang lain iaitu buah pair... tak perlu kot aku nak menaip mende yang sama, kang berjela-jela pulak post aku kali ni...

...nyumnyunyummm sedap~...

sekian sahaja dari Mama Aryan Furqan~


taipan oleh :

12 Jun 2013

Bercuti

Dah lama giler rasanya tak pergi bercuti bersama Incik Paraparasakura... yerla... kali terakhir pergi adalah lepas kahwin dulu... ini bermakna dah 2 tahun dah kami tak pergi bercuti... patutlah badan rasa sakit-sakit jek ni... eh... apa kaitan pulak??

Sejak kelahiran Aryan Furqan, Incik Paraparasakura agak sibuk dengan kerjayanya sebagai Angkatan Tentera Malaysia... opppsss... rasanya masa aku tengah mengandung lagi aku asyik ditinggalkan... sobbb... sobbb... sobbb... kalau tak silap aku, bermula bulan September tahun lepas, tak habis-habis dengan latihan beliau... kejap kursus... kejap latihan... kejap operasi... pastu kursus balik... latihan lah... operasi lah... lain kali, jangan cari suami askar hoookkkeeeyyy... tapi dah jodoh... nak buat macam mana kan... tadah jek lah...

Semalam, beliau baru balik dari Perak... Pertandingan Hoki katanya... main kee??? pemain simpanan pun bolehlah... janji dapat bawak balik pingat... hehehehe... tahniah 8 Rejimen Renjer DiRaja Para kerana berjaya merangkul Naib Johan di kejohanan tersebut... itu cerita semalam... dan esok... haaa... esok ni... yang esok ni la... beliau kena pergi latihan kat Pahang pulak... haiyoooohhhh... ku ditinggalkan lagi... katanya sampai 22 haribulan JEK...jek ok... 22hb ke, 26 hb ke... aku taknak beliau pergi, boleh???

"Mana boleh yang... tak ada orang ni..."

Huhhhh!!! kang aku doa latihan tak jadi kang... hehehehe... untuk menyedapkan hati aku sendiri... aku pun merancang untuk pergi bercuti lepas beliau habis latihan... beliau kata boleh dapat cuti dalam 2 minggu lepas balik latihan... paling busuk pun dapat seminggu... campur sekali dengan yang pergi hoki hari tu... aku pun tak berapa nak jelas cuti-cuti angkatan tentera ni... agaknya, balik latihan dapat cuti... balik operasi dapat cuti... balik sana sini dapat cuti...

Bila dah macam tu... aku beranganlah nak pergi ke............

jengjengjeng!!!
...cuba teka kat mana ni??...

Aha... aku bercita-cita nak bercuti di Grand Lexis Port Dickson... antara sebab aku nak pergi sangat adalah...
Private Swimming Pool
kat dalam bilik...

Seronok kan?? haruslah seronok... siang, malam, pagi, petang aku dok berendam dalam tu... dah berangan nak belikan Aryan pelampung... overrrr tauuu... 

Aku dah siap servey harga dah... RM565.62 semalaman... tu harga termasuk sarapan, service charge dan tax... bagi aku okla... sebab ada pool... private gitu... haruslah mahal kan... korang-korang yang baca blog aku ni tolonglah yer doakan agar tercapai cita-cita aku nak bercuti kat sini... hehehehe... terima kasih!!!


taipan oleh :

11 Jun 2013

Menyusu Tanpa Pinggirkan Suami

Tengah tak ada kerja tadi, tengok FB boleh pulak surf... selalunya kena block waktu kerja... aku pun apa lagi sambil menyelam, minum air la... tiba-tiba terperasan satu post dari abang angkat aku atau bekas abang angkat ek??? ntahlah... sebab dah lama giler tak contact...


Rasa macam menarik dan perlu tengok link yang dia post tu...

kredit to : 

Menyusu Tanpa Pinggirkan Suami hurrmmm... tips yang menarik ni... so... mari kita baca bersama... 


Papa jangan bimbang. Anda tidak akan dipinggirkan walaupun mama ada bayi baru. Pastikan papa dan mama bersama-sama berbincang untuk mendapatkan suasana bilik tidur yang lebih segar, bebas stres dan relaks.

Berikut ada 50 cara merangsang hubungan selama menyusukan:-
  1. Mama kenalah ingat pada papa selalu. Bukan pada ‘baby’ baru sahaja.
  2. Papa pun janganlah biarkan mama jaga anak seorang diri. Tolonglah mama.
  3. Ketika mama bersama ‘baby’, papa ‘joint’lah sekali. Barulah tidak rasa terpinggir.
  4. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum tidur untuk saling bertukar-tukar cerita.
  5. Setelah ada anak, mama dan papa kena banyak bertenang. Barulah hati rasa senang.
  6. Kalau rasa tidak selesa dengan keadaan sekarang, beritahulah pasangan agar dia tahu dan sama-sama dapat mencari jalan penyelesaian.
  7. Papa, ajaklah mama ‘dating’. Macam masa baru berkahwin dulu.
  8. Papa, tolonglah mama buat kerja rumah. Barulah mama ada masa untuk papa.
  9. Payu dara ibu menyusukan selalunya membengkak. Jadi, berhati-hatilah kalau papa nak dekat dengan mama. Takut tersentuh. Kesian mama, sakit.
  10. Papa dan mama, jangan lupa luangkan masa untuk bersama. Ingat, kualiti lebih baik daripada kuantiti.
  11. Papa dan mama, mandilah bersama.
  12. Papa kenalah rajin memuji mama kerana ibu yang menyusukan selalu rasa mereka busuk dan tak cantik.
  13. Kalau nak lagi romantik, berilah mama hadiah.
  14. Mama pula, berilah kad ucapan kepada papa. Tuliskan kata-kata romantik. Papa mesti rasa terharu.
  15. Apa kata kalau mama dan papa lakukan perkara-perkara yang baru dalam hidup. Barulah tak rasa bosan.
  16. Sekali-sekala, papa kenalah urut mama. Mesti mama tambah sayang. Lebih-lebih lagi selepas mama penat melayan kerenah ‘baby’ baru.
  17. Mama kenalah cium papa selalu. Papa pun kena buat macam tu kat mama. Barulah mesra.
  18. Lagi satu, jangan lupa ucapkan ‘I Love U’.
  19. Kepada mama, berhiaslah. Barulah sedap mata papa memandang.
  20. Tapi, jangan lupa pakai minyak wangi.
  21. Kalau dah cantik-cantik tu, tunggu apa lagi? Ambillah gambar bersama. Mesti ‘meletup’.
  22. Kalau mama dan papa berjalan-jalan, jangan lupa berpegang tangan walaupun si kecil sudah ada.
  23. Jika papa sakit, mama mesti jaga papa dan beri dia makan ubat. Jangan asyik tumpukan perhatian pada ‘baby’ sahaja.
  24. Mama dan papa kena saling ucapkan terima kasih di atas segala yang telah papa dan mama lakukan.
  25. Jika berkesempatan, sembahyanglah bersama-sama.
  26. Beberapa bulan sekali, buatlah sesi ‘post mortem’ dan ‘brainstorming’ agar mama dan papa dapat mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesaian serta melaksanakan perkara-perkara baru dalam rumah tangga.
  27. Kalau papa nak bersama dengan mama, kenalah tunggu sehingga sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin kerana perineum mama belum sembuh lagi.
  28. Kalau papa dan mama ingin bersama, jangan tergopoh-gapah. Relaks.
  29. Mama pula, gunakanlah pad payu dara semasa bersama papa kerana oxytocin akan menyebabkan susu memancut keluar.
  30. Untuk pengetahuan papa, ibu yang menyusukan bayinya mungkin akan kekurangan kelembapan pada vagina. Jadi, sediakanlah jeli pelembap untuk mama.
  31. Kepada mama pula, jangan lupa gunakan perancang keluarga. Adalah penting untuk tidak hamil sekurang-kurangnya setahun selepas kelahiran anak agar tubuh pulih kembali.
  32. Mama dan papa, cubalah pelbagaikan posisi ketika bersama. Barulah ada kelainan.
  33. Janganlah tunggu sehingga lewat malam untuk bersama sebab nanti masing-masing sudah penat.
  34. Kepada mama, beritahulah papa bagaimana untuk papa merangsang mama.
  35. Mama pula, gunakan jari-jemari mama untuk membelai tubuh papa.
  36. Mama, jangan fikir papa tahu apa yang perlu dilakukan. Jadi, beritahulah papa apa yang perlu dilakukan.
  37. Perlu diingat bahawa hubungan suami isteri bukan hanya sekitar antara pusat dan lutut tetapi keseluruhan tubuh.
  38. Makanlah ikan salmon kerana vitamin di dalamnya dikatakan mampu meningkatkan libido. Salmon juga kaya dengan protein yang bagus untuk stamina.
  39. Ketika ingin bersama, malapkanlah lampu. Barulah romantik.
  40. Jika papa atau mama inginkan belaian tetapi malu untuk bersuara, SMS pada si dia. Nyatakan keinginan anda.
  41. Minumlah kopi. Kopi dikatakan mampu meningkatkan tahap libido perempuan. Walaupun tidak 100% benar, kafein boleh memperbaiki tahap konsentrasi anda.
  42. Kalau ingin bersama, tutuplah televisyen dan radio. Biar suasana tenang. Barulah tenteram.
  43. Jika inginkan muzik, pilihlah yang sesuai.
  44. Bilik tidur pun mestilah kemas dan wangi.
  45. Sekali-sekala, ubah susun atur bilik mama dan papa. Baru menarik.
  46. Sebenarnya, hubungan suami isteri bukanlah hubungan kelamin semata-mata. Yang pentingnya kasih sayang yang suci dan murni.
  47. Mama, tidak kira apa pun perubahan yang telah berlaku pada diri, jangan rasa rendah diri. Yakinlah pada diri sendiri.
  48. Untuk membangkitkan ‘mood’ pasangan, hantarlah e-mel yang menyenangkan kepada si dia.
  49. Mama dan papa, bersenamlah untuk mengekalkan stamina anda berdua.
  50. Mama dan papa, hargailah pasangan anda.

taipan oleh :

31 Mei 2013

Rocker Idaman Kalbu

Sejak dah ada Aryan Furqan ni, asyiklah mamanya meng'Google'kan diri mencari aksesori untuk dia... dari dia dalam perut lagi... aku dok usha mende alah ni... asyik ada halangan jek tak dapat beli... dan alhamdulillah, barulah bulan ni dapat beli... yey!!!

Semalam sampai... aku beli dengan Sweet Qaseeh Collection... tak larat nak survey banyak-banyak kedai online... yang mana aku 'kawan' jek aku usha mende-mende ni... dan setakat ni, Sweet Qaseeh Collection adalah antara yang termurah... RM195 termasuk postage... tapi pos biasa jekla... RM199 kalau nak pakai courier... aku pilih yang murah jek... dan alhamdulillah, selamat jugak sampai tanpa sebarang kerosakan...

Nampaknya Aryan Furqan gembira....




taipan oleh :

30 Mei 2013

Senang hati~

Alhamdulillah... terima kasih Allah... pagi-pagi lagi aku dah cek kat laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)... dan yang ditunggu-tunggu telah ada jawapannya... yey!!!



Pemberian Taraf Berpencen (PTB) aku berkuatkuasa pada 1 Ogos 2013... ini bermakna bulan Ogos tu nanti aku dah boleh keluarkan duit KWSP aku yang tak seberapa ada tu... yey!!! duit untuk belanja raya tahun ni la gamaknya... Alhamdulillah syukur... surat belum dapat, dah macam-macam dirancangnya... hehehe...

Semalam... percaya atau tidak, aku dapat handphone percuma dari MAXIS... yer!! MAXIS bagi percuma kot kat aku... jengjengjeng...

sila jangan jeles!!! ttthhheeeeee~


taipan oleh :

29 Mei 2013

Penghantaran Bunga Sekitar Melaka

Masa ulangtahun perkahwinan yang kedua buat kami hari tu, aku telah membuat kejutan kepada Incik Paraparasakura... hehehehe... tak adalah terkejut sangat pun... sebab pada masa kejadian beliau tidak berada di tempat yang sepatutnya beliau ada...

Aku kan seorang isteri yang solehah gitu... yeke??? jadinya untuk menghargai pengorbanan sang suami, aku pun naklah buat kejutan sikit untuk beliau,kan... chewaaah... dengan menghantar bunga...

Aku sebenarnya dah lama cari website penghantaran bunga sekitar Melaka... post aku yang sebelum ni, aku ada cerita pasal Bloom.com.my tu... tapi bila aku tengok penghantaran sekitar Kem Terendak adalah TIADA, jadi aku terpaksa mencari alternatif lain... dan aku terjumpa ini...


Aku pun tengok-tengok kot-kot ada hantar sekitar Kem Terendak... sekali... ADA la pulak... siap hantar dalam kem lagi... keeelllllaaassss kau jahhh!! masa tu aku dah tak fikir kos dah... yang penting mesti hantar!! MESTI!!! aku pun dengan penuh keterujaan mengisi segala form yang ada dalam website tu...

Mula-mula aku pilih Lover Bouquet yang ada dalam Product Category
dan dia keluar macam-macam jenis bouquet... ada 67 jenis...
tapi aku memilih Brilliant Future... brilliant sangat ke??

isi jekla apa yang patut diisi...

Klik Continue --> Proceed Payment
dan dia keluar ini pula...
sila isi butiran selengkapnya... kang tersalah hantar pulak...
untuk Payment Method pula sila pilih mana yang anda rasa senang nak bayar...
dan klik Continue...

Klik Proceed Payment dan sila print butiran tersebut...

Sekiranya bayaran dah dibuat, bolehlah faxkan bukti pembayaran beserta butiran yang dah print tu tadi pada nombor fax yang tertera di butiran tersebut... ulangtahun perkahwinan kami jatuh pada hari Isnin 27 Mei 2013, pagi-pagi dah sampai opis untuk buat segala transaction ni... so dalam pukul8.30 pagi aku dah siap faxkan butiran yang aku dah print beserta dengan bukti pembayaran... aku buat pagi-pagi sebab aku nak penghantaran tu sampai ke tangan beliau sebelum jam 1.00 petang... aku note kan kat bukti pembayaran tu... 

Dalam pukul10.00 pagi aku dapat panggilan dari Paradise Flower House tu, untuk pengesahan bayaran... bila diorang cek semua settle, terus buat penghantaran... dan pada pukul 11.30pagi, Incik Paraparasakura hantar SMS...

Incik Paraparasakura : Ayang ada hantar barang ke?abang kat luar ni...
Aku : huk aloh... kat luarlah pulak... rosak program aku... Barang ape?
Incik Paraparasakura : Ntah... tadi ada orang call...

Haiyooo... boleh pulak beliau pergi ke lapangan sasar pada hari tersebut... ceh...

Incik Paraparasakura : Ayang bagi bunga eh? Yop amekkan...

Cehhh... kawan beliau pulak yang ambilkan... dah tentu-tentu Yop tersebut baca kad aku... nasib baik aku tak taip merapu-rapu...




taipan oleh :

Dua Tahun...

Alhamdulillah~ hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan antara aku dan Incik Paraparasakura... tak sangka dah 2 tahun rupanya... cepat jek masa berlalu... bila tengok balik gambar-gambar kahwin, rasa macam baru semalam jek majlisnya... chewahhh... perasaan seronok duduk atas pelamin tu masih lagi aku ingat... berdebar kot... kawan aku yang kat bawah pelamin pun boleh nampak dada aku berdegup kuat... giler berdebar... 

Dan hari ini, kami telah pun dikurniakan putera yang sangat comel, Muhammad Noraryan Furqan bagi melengkapkan keluarga kecil kami... terima kasih Allah... dalam masa 2 tahun ni, dah macam-macam kami lalui bersama... 


Terima kasih Incik Paraparasakura~

kerana masih lagi bersabar dengan perangai isteri kamu yang ntah pape ni...
kerana masih lagi mampu mendengar keluh kesah dan rungutan isteri kamu yang kuat membebel ni...
kerana masih lagi bertahan mendengar nyanyian sumbang dari penumpang sebelah kiri kamu di dalam kereta tu...
kerana meringankan tulang tangan kamu untuk membasuh pakaian di dalam mesin lantas mengeringkan pakaian tersebut... tukang sidai pakaian adalah saya yer... heeeeee... :)
kerana hilangkan penat kamu sekejap untuk melayan kerenah Aryan Furqan tatkala isteri kamu sedang sibuk bersilat di dapur...
kerana masih lagi mahu makan di rumah dan memakan makanan yang dimasak oleh isteri kamu ni...
kerana menjadi pengkritik bebas tentang apa saja yang isteri kamu buat sekiranya di mata mu tidak berkenan...
kerana mendukung si kecil itu ketika isteri kamu sedang rambang mata di pusat membeli belah...
kerana menyapu sampah di dalam dan di luar rumah... sesungguhnya isteri kamu adalah sangat tidak suka akan penyapu... lepas ni kita beli vacuum eh, bang??

terima kasih untuk semuanya... saya, Sutrah binti Mahmud, isteri kamu ingin bersama-sama kamu hingga ke syurga~ kerana kamu adalah yang terbaik untuk saya... terima kasih Allah...




taipan oleh :

27 tahun sudah...

Pada 1 Mei yang lalu, genaplah usia aku 27tahun... maaakkk aiii... rasa macam baru semalam habis belajar... chewaaaahhh~ 1 Mei sedia maklumlah kan cuti... Hari Pekerja... jadinya mak + abah + abang-abang + kakak-kakak ipar datang meraikan hari lahir aku di rumah aku... sangat meriah walaupun tak ada belon-belon bagai... gambar pun aku tak upload sebab aku tak pakai tudung masa hari kejadian tersebut... 

30 April aku telah pun menerima kejutan dari Incik Paraparasakura... anda memang sweetlaaa~ pada 29 April malam tu, aku merajuk dengan Incik Paraparasakura... ada ke patut beliau tak bawak aku pergi makan?? tak patut, tak patut... dah lah aku kelaparan... haruslah aku merajuk + mogokkan... nasib baik susu penuh krim ada dalam peti sejuk tu ada... minum 2 mug, selesai... perut boleh bertahan sampai pagi esok... tak sangka minum susu jek malam tu, susu untuk Aryan melimpah ruah... masa dia tidur tu aku asyik cakap jek... "Aryan, mama mintak maaf tau kalau susu mama tak banyak..." tapi alhamdulillah banyak jugak susu aku... terima kasih Allah... 

Memandangkan Incik Paraparasakura jugak tidak makan pada malam tersebut, pagi-pagi lagi aku dah gorengkan naget banyak giler untuk beliau... sampai ada yang rentung-rentung... ahahahaha... ni gara-gara nak cepat... sebab Aryan Furqan sudah bangun, jadi aku kena tukar pampers dan baju dia... takkan nak hantar rumah Mama Ila dengan keadaan Aryan Furqan yang tak bersih... isshhh... idak ler aku... sambil tukar, sambil goreng... memang haruslah ada yang rentung kan... air milo untuk Incik Paraparasakura jugak sudah ku siapkan... biasanya Incik Paraparasakura dah bangun, tapi pagi tu beliau pun protes dengan aku... tu yang tak bangun-bangun lagi... sebab protes adalah aku cakap taktahu masa dia tanya nak makan ape... bley ekk gitu?

Tepat jam 7.00 pagi, aku pun dah mula memunggah barang-barang Aryan Furqan dalam kereta... termasuklah dia... pintu gate dah dibuka, masuk balik rumah kejutkan Incik Paraparasakura, salam beliau dan terus chow chin chau~ sambil berlalu ke pintu aku cakaplah ada air milo dengan naget atas meja... kan merajuk, haruslah begitu... 

Dah hantar Aryan Furqan ke rumah Mama Ila, aku pun pergi kerja... kerja...kerja... dan kerja... pukul 4.45 petang baru dapat SMS dari Incik Paraparasakura, tanya balik pukul berapa...cehhh... baru nak mesej... kire okla kan, dari aku yang tak mesej beliau langsung... kan merajuk... aku balas pendek, pukul 5... tapi sebenarnya aku gerak pukul 5 lebih... saja jek nak lambat-lambat... terus ke rumah Mama Ila... nak ke rumah Mama Ila, aku lalu rumah aku dulu, yela rumah aku tu rumah tepi, tepi jalan utama pulak tu... memang wajib kena lalu... eh... nampak beliau sudah berada di rumah... eh... beliau tolehlah... aku pulak tegak jek pandang depan, konon-konon tak tengok rumahlah... konnnoooonn... aku lepak rumah Mama Ila jap sambil tanya apa Aryan Furqan buat... dah cong-cong 15minit, aku pun baliklah... aku terus memunggah barang-barang Aryan Furqan ke dalam rumah pulak... termasuklah dia... tiba-tiba rasa panas semacam jek...  owwhh... tak bukak tudung lagi lah... masuk jek bilik... aku nampak ini atas katil....


OoOoo makk aiii... tokojuit den... pastu senyum sendiri... ngehngehngehngehngeh... dengan muka seriusnya aku tanya "Ape ni??" tapi last-last tersenyum gak... giler ko tak senyum kalau dapat hadiah... "Bukaklah..."




Tau lah emas tengah murah, belikan cincin tu... alhamdulillah... murah rezeki... terus dah tak merajuk dah... gitu ler pompuan... tiba-tiba rasa haus pulak... dan bukak lah pintu peti ais tu... dan ternampak ini...


aik... awalnya beli kek... senyum tadi tak habis lagi, dah bertambah senyum meleret... saya dah kata, anda tak romantik tapi anda sweet~



taipan oleh :

15 Mei 2013

Tahniah!!



Walaupun dah agak basi cerita ni, tapi aku nak ucap tahniah jugak kat...

 Barisan Nasional 

kerana masih lagi mentadbir pentadbiran Malaysia... sila jaga amanah dan kepercayaan rakyat yang telah diberikan... perbaiki kesilapan, tutup segala kelemahan...

kepada Pakatan Rakyat, sila cuba lagi...

sekian terima kasih!!


p/s : saya sayang Tun Dr. Mahathir!!! eh...tibe-tibe...


taipan oleh :

02 Mei 2013

Eh... apa da nak letak tajuk??

Wahh... lama sudah aku tidak meng'update' blog ni... maklumlah sejak jadi mama ni sibuk melayan kerenah Aryan Furqan yang bambambambaaaammm tu... geram betul bila teringatkan dia... rasa macam nak gigit jek peha dia yang... yang... yang... yang menggeramkan tu... ngap ngap ngap... eh... apa aku mengarut ni? tapi memang betullah... sekarang ni aku dah naik kerja... bila balik kerja, ambil dia kat rumah pengasuh, sampai rumah terus aku kerjakan dia pulak... dia sengih jek... sengih senget pulak tu... susah betul nak dengar dia ketawa... selalu sengih jek... sambil angkat kening dia tu... bajet comel sangatlah tu... tapi comel lah... comel boleh tahan lah...

Pada 18 April hari tu... aku dah mula kembali bertugas sebagai seorang Penjawat Awam... chewahh! Aryan Furqan aku hantar ke rumah Mama Ila... nama pengasuh Aryan Furqan... orang taman aku jugak... aku memang nak pengasuh yang dekat-dekat jek dengan rumah... senang nak hantar, nak ambil balik... tak payah nak terkejar-terkejar... pulak tu Mama Ila memang dah biasa jaga budak... cuma dah lama dia tak ambil jaga baby... tuptup rezeki aku, dia nak jaga Aryan Furqan... alhamdulillah... orangnya baik, peramah... kebetulan dia pun orang sama daerah dengan aku... wahhh... orang kampung... hari pertama hantar Aryan Furqan, risau jugak aku... yerla kot-kot Aryan Furqan buat perangai... kang Mama Ila taknak pulak jaga... tapi sepanjang hari tu Aryan Furqan ok jek... minum susu dalam botol pun nak... memangla nak dah seminggu aku ajar dia betul-betul pakai botol bila waktu siang... masa mula-mula nak suruh dia minum botol memang dia taknak... siap merajuk bagai taknak tengok muka mama dia yang comel ni... menangis tu jangan ceritalah... sampai jiran sebelah rumah tanya kenapa... haiyaaa... wat malu mama jek Aryan Furqan ni... disebabkan dia kehausan, jadi dia memang terpaksa rela minum pakai botol... susu formula pulak tu... keras jugak hati aku ni tengok dia nangis-nangis... nangis jek aku sumbat botol... lidah dia tolak-tolak... sambung nangis... bawak dia jalan-jalan jap... jalan dalam rumah jek... keliling ruang tamu tu... Aryan Furqan ni agak semangat orangnya... mama dia yang comel tak berapa comel ni memang kadang-kadang tak larat nak dukung lama-lama... kadang-kadang ke? macam selalu jek... bila aku duduk jek dia nangis lagi... aku pun sumbat lagi... dia pulak tolak lagi pakai lidah dia... sambung lagi nangis... bawak dia jalan-jalan lagi... berapa punya banyak da lagi... proses itu memang berulang banyak kali... sampailah dia terpaksa rela... yeyyy!! syabas mera beta heh... sambil minum tu aku pun puji-pujilah dia... kasi dia gembira kembali... alhamdulillah hari pertama Aryan Furqan di rumah Mama Ila berjalan lancar... sehinggalah hari ini... dan insyaAllah akan datang juga...

Hari mengundi bakal menjelang tak lama lagi... dah fikir-fikir nak undi siapa ke? baguslah dah fikir... pilihlah yang terbaik... semoga apa yang dipilih mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin... dan pastikan pilihan anda adalah tepat... kerana masa hadapan Malaysia bergantung di tangan rakyatnya sendiri... eh... tiba-tiba nak bawak mesej mengundi pulak... bila tengok senario politik di Malaysia, nak-nak  nak dekat PilihanRaya ni... macam menakutkan jek... ada yang baling bom buatan sendiri lah... keluar video lah... desak sana desak sini... cabar sana... cabar sini... maki hamun jangan ceritalah... putar belit lagi... yang ini kata betul, yang itu kata fitnah... hisshhh... serius tak tahu nak undi siapa... tapi bagi aku bila dah hari mengundi nanti, barulah aku tahu nak undi siapa... semoga apa yang aku pilih tidak akan menghuraharakan Malaysia... takut jek...

Marilah mari... pergi mengundi~

...sumber Atok Google...
...mmm...menarik ni...


taipan oleh :

24 Mac 2013

Menjadi seorang ayah...

Pada 18 Januari 2013 yang lalu, Incik Paraparasakura dengan rasminya menjadi seorang ayah... tahniah yer Incik Paraparasakura kerana naik pangkat lagi... masa tu aku tak tahulah apa perasaan Incik Paraparasakura... sekarang pun aku tak tahu sebenarnya... bila aku tanya jek, beliau jawab main-main... aku pernah tanya... 

Aku : Masa abang tau ayang masuk labour room tu, abang takut tak?
Beliau : Tak... (jawab dengan nada selamber)

Aku (dengan rasa tak puas hati) : Masa abang tau ayang kena operate tu, abang takut?
Beliau : Tak... (masih lagi jawab dengan nada selamber)

Aku : Tak takut???!!
Beliau : Tak takut... tapi risau...

Aku : Ape perasaan anda menjadi seorang ayah?
Beliau : Saya rasa sangat gembira... (jawab dengan nada girang sekali sambil tersengih-sengih)

Tapi aku tahu, mesti beliau sangat sangat sangat tersangatlah gembiranya kerana dah dapat geng... lepas ni, adakah aku akan diketepikan?? bolehlah vrrroooommm sana, vrrroooommm sini dengan geng baru... pape pun aku rasa kagum dengan beliau... aku ambil cuti 3 bulan, beliau ambil cuti 1 bulan... waahhhh!! dan sepanjang aku dalam pantang masa beliau bercuti tu, aku langsung tak mandikan Aryan Furqan... tukar pampers pun tidak... hehehehe... time ni lah nak buli ayahnye... semuanya Incik Paraparasakura dan mak aku yang buat... kalau tukar pampers tengah malam, Incik Paraparasakura suruh kejutkan beliau... aku pun apa lagi, kejut jek lah... tugas aku hanyalah memberi Aryan Furqan susu... bila Aryan Furqan tak tidur malam, Incik Paraparasakura dan aku jugak tak tidur... tidur-tidur ayam jekla... alhamdulillah Aryan Furqan anak yang baik, jarang buat perangai macam tu... jangan mama naik kerja, buat selalu pulak perangai tu dah lah...

Bila aku nak makan, Aryan Furqan pulak tak tidur, Incik Paraparasakura akan tengokkan Aryan Furqan... kalau Aryan Furqan tidur, kami makan bersama... ada sekali tu, aku dan Incik Paraparasakura lapar giler... aku dah kompemlah lapar giler-giler punya sebab bagi Aryan Furqan susu badan... elok jek Aryan Furqan tidur... tiba-tiba sedang kami makan tu, Aryan Furqan menangis... aku apa lagi, berambatlah lari dapatkan Aryan Furqan... sekali dengan machonya Incik Paraparasakura berkata, "Dah ayang pi makan dulu, biar abang tengok Aryan..." padahal masa tu beliau baru nak makan, lapar pulak tu... terharunya aku...

Pertama kali tengok Incik Paraparasakura mandikan Aryan Furqan, hati aku tersentuh... dalam hati, "wahhh... comelnya laki aku mandikan anak..." mandikan sebelah tangan jek tu... macam dah terre sangatlah kononnya... tersentuh, tersentuh jugak... risau pun ada masa tu...

Dari situ aku dah nampak, Incik Paraparasakura memang tersangat bersedia untuk menjadi seorang ayah... masa aku kat hospital lagi, Incik Paraparasakura rajin tengok Aryan Furqan kat nursery hospital tu... masa tu, Aryan Furqan kena tahan kat nursery sebab aku demam... pulak tu lambat kencing... ubat pulak dah masuk... jadinya kena tahan 3 hari kat nursery... Incik Paraparasakura walaupun penat, datang pagi, tengah hari dan petang kat hospital tu selama 3 hari... sebelum jenguk aku kat wad, jenguk dulu Aryan Furqan... aku cuma tak dapat dengar Incik Paraparasakura azan kan Aryan Furqan...

Kepada Incik Paraparasakura yang ku cintai, terima kasih untuk semua yang telah anda curahkan... terima kasih kerana bertolak ansur dengan saya yang nakal ni... terima kasih jugak kerana tidak berkira dengan saya... semoga Muhammad Noraryan Furqan menjadi anak yang soleh~




taipan oleh :

21 Mac 2013

Terlambat

Sekarang dah bulan Mac... tak lama lagi masuk pulak bulan April... bulan Februari dah berlalu... tak lupa akan hari lahir sahabat ku pada 5 Februari yang lalu... maklumlah sibuk berpantang, tak ucap pun pada beliau... dan semalam, baru ku tahu beliau sudah bernikah pada bulan Februari itu... owh~ tahniah!! walaupun lambat, walaupun aku tak dijemput... aku tetap nak ucap jugak...

kepada Si Mata Cantek~

Selamat Hari Lahir yang ke 27 Tahun!!

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
Dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan...

dan

Selamat Pengantin Baru~!!

Semoga kekal hingga ke syurga...
Semoga dapat baby cepat...
nanti boleh kawan dengan Aryan... heee~

Tahniah~

taipan oleh :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!