d"(cerita dak poyosz)"b: Penghantaran Bunga Sekitar Melaka

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

29 Mei 2013

Penghantaran Bunga Sekitar Melaka

Masa ulangtahun perkahwinan yang kedua buat kami hari tu, aku telah membuat kejutan kepada Incik Paraparasakura... hehehehe... tak adalah terkejut sangat pun... sebab pada masa kejadian beliau tidak berada di tempat yang sepatutnya beliau ada...

Aku kan seorang isteri yang solehah gitu... yeke??? jadinya untuk menghargai pengorbanan sang suami, aku pun naklah buat kejutan sikit untuk beliau,kan... chewaaah... dengan menghantar bunga...

Aku sebenarnya dah lama cari website penghantaran bunga sekitar Melaka... post aku yang sebelum ni, aku ada cerita pasal Bloom.com.my tu... tapi bila aku tengok penghantaran sekitar Kem Terendak adalah TIADA, jadi aku terpaksa mencari alternatif lain... dan aku terjumpa ini...


Aku pun tengok-tengok kot-kot ada hantar sekitar Kem Terendak... sekali... ADA la pulak... siap hantar dalam kem lagi... keeelllllaaassss kau jahhh!! masa tu aku dah tak fikir kos dah... yang penting mesti hantar!! MESTI!!! aku pun dengan penuh keterujaan mengisi segala form yang ada dalam website tu...

Mula-mula aku pilih Lover Bouquet yang ada dalam Product Category
dan dia keluar macam-macam jenis bouquet... ada 67 jenis...
tapi aku memilih Brilliant Future... brilliant sangat ke??

isi jekla apa yang patut diisi...

Klik Continue --> Proceed Payment
dan dia keluar ini pula...
sila isi butiran selengkapnya... kang tersalah hantar pulak...
untuk Payment Method pula sila pilih mana yang anda rasa senang nak bayar...
dan klik Continue...

Klik Proceed Payment dan sila print butiran tersebut...

Sekiranya bayaran dah dibuat, bolehlah faxkan bukti pembayaran beserta butiran yang dah print tu tadi pada nombor fax yang tertera di butiran tersebut... ulangtahun perkahwinan kami jatuh pada hari Isnin 27 Mei 2013, pagi-pagi dah sampai opis untuk buat segala transaction ni... so dalam pukul8.30 pagi aku dah siap faxkan butiran yang aku dah print beserta dengan bukti pembayaran... aku buat pagi-pagi sebab aku nak penghantaran tu sampai ke tangan beliau sebelum jam 1.00 petang... aku note kan kat bukti pembayaran tu... 

Dalam pukul10.00 pagi aku dapat panggilan dari Paradise Flower House tu, untuk pengesahan bayaran... bila diorang cek semua settle, terus buat penghantaran... dan pada pukul 11.30pagi, Incik Paraparasakura hantar SMS...

Incik Paraparasakura : Ayang ada hantar barang ke?abang kat luar ni...
Aku : huk aloh... kat luarlah pulak... rosak program aku... Barang ape?
Incik Paraparasakura : Ntah... tadi ada orang call...

Haiyooo... boleh pulak beliau pergi ke lapangan sasar pada hari tersebut... ceh...

Incik Paraparasakura : Ayang bagi bunga eh? Yop amekkan...

Cehhh... kawan beliau pulak yang ambilkan... dah tentu-tentu Yop tersebut baca kad aku... nasib baik aku tak taip merapu-rapu...




taipan oleh :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!