d"(cerita dak poyosz)"b: Dua Tahun...

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

29 Mei 2013

Dua Tahun...

Alhamdulillah~ hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan antara aku dan Incik Paraparasakura... tak sangka dah 2 tahun rupanya... cepat jek masa berlalu... bila tengok balik gambar-gambar kahwin, rasa macam baru semalam jek majlisnya... chewahhh... perasaan seronok duduk atas pelamin tu masih lagi aku ingat... berdebar kot... kawan aku yang kat bawah pelamin pun boleh nampak dada aku berdegup kuat... giler berdebar... 

Dan hari ini, kami telah pun dikurniakan putera yang sangat comel, Muhammad Noraryan Furqan bagi melengkapkan keluarga kecil kami... terima kasih Allah... dalam masa 2 tahun ni, dah macam-macam kami lalui bersama... 


Terima kasih Incik Paraparasakura~

kerana masih lagi bersabar dengan perangai isteri kamu yang ntah pape ni...
kerana masih lagi mampu mendengar keluh kesah dan rungutan isteri kamu yang kuat membebel ni...
kerana masih lagi bertahan mendengar nyanyian sumbang dari penumpang sebelah kiri kamu di dalam kereta tu...
kerana meringankan tulang tangan kamu untuk membasuh pakaian di dalam mesin lantas mengeringkan pakaian tersebut... tukang sidai pakaian adalah saya yer... heeeeee... :)
kerana hilangkan penat kamu sekejap untuk melayan kerenah Aryan Furqan tatkala isteri kamu sedang sibuk bersilat di dapur...
kerana masih lagi mahu makan di rumah dan memakan makanan yang dimasak oleh isteri kamu ni...
kerana menjadi pengkritik bebas tentang apa saja yang isteri kamu buat sekiranya di mata mu tidak berkenan...
kerana mendukung si kecil itu ketika isteri kamu sedang rambang mata di pusat membeli belah...
kerana menyapu sampah di dalam dan di luar rumah... sesungguhnya isteri kamu adalah sangat tidak suka akan penyapu... lepas ni kita beli vacuum eh, bang??

terima kasih untuk semuanya... saya, Sutrah binti Mahmud, isteri kamu ingin bersama-sama kamu hingga ke syurga~ kerana kamu adalah yang terbaik untuk saya... terima kasih Allah...




taipan oleh :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!