d"(cerita dak poyosz)"b: Februari 2012

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

27 Februari 2012

mimpi kadangkala bukan mainan tidur

Selalunya kita akan dengar...
"Ala... mimpi tu kan mainan tidur jek..."

Betul tak? tapi sebenarnya tak jugak... KADANG-KADANG mimpi tu memberi mesej atau petunjuk atau perkhabaran tentang sesuatu... haaa... nampak tak kadang-kadang tu? kadang-kadang yer... diulangi sekali lagi KADANG-KADANG... K.A.D.A.N.G-K.A.D.A.N.G!!


Pernah tak korang alami macam tu? hmmm... aku baru jek alaminya malam tadi... serius tak sangka pulak betul... ku fikirkan... 

"Ala... mimpi tu kan mainan tidur jek..."

Rupa-rupanya betullah pulak kan... sebenarnye aku mimpi sahabat baik aku kat kolej dulu akan berkahwin... padahal aku dah lama kot tak dengar cerita pasal beliau... perkembangan beliau pun aku taktau... tuptuptup... mimpi beliau pulak... dalam mimpi tu aku dapat kad kahwin beliau, tunang beliau sendiri yang bagi pada aku... wahh gitu... dalam mimpi tu, aku punyalah bengang + sedih sebab beliau akan terkahwin eh... berkahwin... realitinya tak pun... yeke? sebab beliau pernah kata beliau nak kahwin lambat... aku pun menerima kad tersebut dengan bengangnya siap cakap "taknaklah datang..." ade beliau kesah ko datang ke tak??

Dan pagi tadi... yang ni bukan mimpi lagi dah... aku pun hantar SMS kepada beliau dan bagitau tentang aku mimpi beliau dah nak kahwin... so aku pun ucapkan sekali Tahniah in advance... tuptuptup... beliau pun balas SMS aku... aku pun tak sangka betul rupanya mimpi aku... beliau insyaAllah akan bertunang pada bulan Oktober tahun ni dan kemungkinan terkahwin eh... berkahwin pada tahun 2013... papepun... aku mahu ucapkan tahniah juga...

Tahniah!!
Si Mata Cantek~
err... perlu ke buat tulisan besar-besar...
beliau bukannya baca pun blog ko ni... ceh!
taipan oleh :

22 Februari 2012

Hari Ini!

Hari ini mari sedekahkan al-Fatihah kepada...


sudah 14 tahun Angah tinggalkan kami~
Semoga Angah sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang soleh~!

al-Fatihah~

taipan oleh :

15 Februari 2012

Seorang isteri Paraparasakura~

Hmm... malam ni tak keruanlah aku tidur... esok incik Paraparasakura nak terjun... bukan terjun dari papan anjal ke dalam kolam renang... tapi dari pesawat Charlie ke... ke permukaan bumi lah kot... ke bawah lah kan... mana ada terjun ke atas pulak... dia yang nak terjun, aku pulak yang tak keruan... dia relex jek... siap main game lagi tanpa henti... berhenti pun sebab nak makan jek lah... patutnya dia pergi latihan... tapi boleh pulak dia tak pergi... semalam bila tanya kenapa tak pergi? jawabnya...

"Barang tak complete lah yang... esok ada lagi..."

pastu hari ni tanya kenapa tak pergi? jawabnya...

"Latihannya semalam lah yang... sekali jek dia buat..."

senang sahaja beliau berkata-kata... aku yang jauh beratus batu ni pulak yang dok risau lebih... aku memang tak tahu nak kata apa lagi dah... katanya...

"Dah tahu sikit-sikit..."

hmm... memanglah beliau dah tahu cara-cara nak menerjunkan diri... tapi beliau itu dah lama tak terjun... setahun lebih dah kot... kang gayat pulak... dan esok adalah kali pertama beliau terjun selepas memegang jawatan SUAMI...

dan aku sebagai seorang isteri paraparasakura haruslah berasa risau... katanya...

"Jadi isteri askar kenalah kuat..."

yer... memanglah kuat ni... kuat bebel jadinya... haissshhhh... siang malam berdoa untuk keselamatan beliau... walaupun insuran beliau banyak... d($_$)b eh... jadi mata duitan pulak tiba-tiba... tapi tu bukannya penting... yang penting adalah keselamatan beliau... sebab beliau tiada gantinya... chewah... berjiwa-jiwa pulak... tapi betullah... memang tak ada... so...

::Pesanan dari seorang budak poyosz::
...lipat payung tu betul-betul tau...
...selawat + mengucap sebelum terjun... 
...tenangkan diri sebelum terjun tu... 
...masa tu jangan ingat ayang tau, ingat Allah... 
...apa-apa pun ayang akan doakan keselamatan abang... 
...last word but not least, jump safely...
...and... 
...I will always love you forever and ever...

 ...you always be mine...
...and...
...im always be yours...

taipan oleh :

14 Februari 2012

Sudah tua rupanya...

Tadi masa online FB, aku pun on lah chat... biasanya aku tak on chat tu... tapi disebabkan atas permintaan sahabat baik dan juga mempunyai anak-anak yang comel... macam tak ada kaitan... so aku pun on lah chat tu... tengah syok taip menaip... berbalas taipan... tiba-tiba seorang lagi kawan aku buzz...


Aku pun apa lagi... haruslah terus klik link yang dia bagi tu... bukan main gelak sakan lagi dia yer... hingga membuatkan aku hilang fokus sekejap... bila aku dah klik, aku pun tergelak... mananya tak gelak...
Gambar lama kot pakai... skemarama jek aku... cehh... macam tak banyak beza jek dengan sekarang... zaman mula-mula aku masuk kerja tahun 2010... tahun yang agak mencabar bagi aku... 

Cuba tengok tarikh lahir tu... nampak ke tidak?? kalau tak nampak klik untuk besarkan... tarikh lahir aku pada 1 Januari 1970... uishh... dah tua rupanya aku ni... tapi masih CIK lagi yer... eh... maknanya aku dah 42 tahun lah tahun ni... tapi abang sulung aku baru 37 tahun... macam mana pulak aku boleh lebih tua dari abang sulung aku??

aiyooo~ sila update data staff yer~ kerjasama dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih...sekian, wassalam.

taipan oleh :

13 Februari 2012

Yang pernah...

Hari tu tiba-tiba jek datang tabiat lama aku... ke sebenarnya tebiat aku ni? tengok profile FB seseorang... lama dah kot aku tak tengok... lagipun aku tak senarai dalam Friend List beliau... dulu pernah jadi Friend, tapi dia remove aku... pastu dia add aku balik tapi aku pulak tak approve dan ignorekan beliau... kalau aku tengok profile beliau, cuma nampak Info jek lah... dan pada hari Selasa yang lepas, aku berjaya tengok profile FB beliau... yes!!! hebat tak?? hebat tak?? hebat kan aku... memanglah hebat sebab tengok profile beliau menggunakan akaun FB salah seorang Friend List beliau... excited giler aku masa tu... so aku pun tengoklah perkembangan terkini... tengok dan tengok... scroll mouse ke bawah... ke atas... ke bawah semula... scroll dan terus scroll... pastu tengok gambar pulak... tak ada gambar baru dalam album beliau... yang kena tag adalah... tengok balik Wall beliau... scroll lagi mouse... tiba-tiba ada satu perasaan lain pulak yang datang... sebak... serius sebak giler... nak menangis rasanya... tapi.. cover sebab tuan punya akaun FB yang aku pinjam tu ada kat sebelah aku...
seramnya ada stalker macam aku ni...
di kesempatan ini, aku nak wish beliau...
Happy Belated Birthday~!!

Aku pun tak tahu kenapa perasaan tu datang... dan lepas dari hari itu... aku rasa menyesal sangat-sangat pulak... kalau aku tak tengok, mesti aku tak teringat-ingat... kalau aku tak teringat-ingat, mesti aku tak bingong-bingong... seminggu dah kot... memang ada baiknya aku tak Friend dengan beliau... dan ada baiknya jugak beliau hidden kan Wall beliau pada semua yang tak Friend dengan beliau, termasuklah aku... si stalker mata cantek!! 

Dan apa yang patut aku lakukan sekarang adalah... 
stalker ini orang pulak...
tapi ini orang sangat aktif bermain game...
pun boleh lah... layan~
taipan oleh :

Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta




mood : teringat akan seseorang...

taipan oleh :

11 Februari 2012

Rumah terbakar panggil bomba~

Rumah terbakar panggil bomba~
Bomba datang berlumba-lumba~
errr... sampai situ jek aku tau... kalau anda tau, sila nyanyi sendiri...

Hari ini hari Sabtu... memandangkan pada minggu ini aku tak balik Melaka, aku pun jadi single... but not available... dan mengajak sepupu rapat aku, Dania al-Yahya, pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali Jalan TAR... memanglah semua jalan pun tar... pagi-pagi lagi aku dah bangun dan bersiap... nak elakkan jem... yela... hari Sabtu kan ada pasar kat situ...mestilah hari ini ramai orang... kami sampai ke sana lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi... perut pun rasa lapar... sebab tak sarapan lagi... so pergilah bersarapan dekat Hamid Corner... tempat kenangan ni... makan roti kosong + kuah kari + teh ais duduk pulak sebelah belakang yang boleh nampak Sungai Klang yang sangat popular tu... tengah-tengah syok mengimbau kenangan lama... chewah... tiba-tiba jek terdengar satu bunyik letupan... potong betullah! nampaklah sekumpulan burung yang hinggap di pokok sebelah Sungai Klang tu menggelabah berterbangan...

DaY : "janganlah tembak burung tu... kesianlah diorang"
aku : "tu kan burung merpati... mana ada orang tembak burung merpati... orang tembak burung gagak la..."

Kitorang ingat ada orang tembak-tembak burung... kan kat KL banyak burung gagak... selalu jek keluar berita pasal tembak burung gagak ni... kitorang pun sambung makan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling... tiba-tiba pakcik depan kitorang bangun dan pergi ke arah belakang kami... dengan kepohnya aku pun toleh... nampak ramai orang yang berkumpul kat luar kedai Hamid Corner... semuanya mendongak ke atas... siap tunjuk-tunjuk... aku fikir "ada orang nak bunuh diri ke?" bila tengok depan balik, sepupu aku dah bangun... eh... nak pi mana pulak dia ni... rupa-rupanya dia pun kepoh jugak macam aku... tapi lagi dasyat dia kot sebab nak ikut pakcik tu sekali pergi tengok apa yang berlaku... mata aku pun ikut langkah dia... rupa-rupanya ada rumah kat atas kedai-kedai tu terbakar... yang meletup tu mungkin gas rumah tu kot... tak lama lepas tu dengar pulak bunyi siren jentera bomba tu... banyak kot... ada lah dalam 3,4,5 buah... macam-macam size ada... aku pun cepat-cepat suh sepupu aku tu pergi bayar... sebab... aku pun kepoh jugak nak tengok... hihihihihi... 









 



Dan akhirnya kebakaran tersebut berjaya dipadamkan... rasanya tak ada yang terkorban kot... semua macam selamat jek... tahniah abang-abang Bomba dan terima kasih~!

taipan oleh :

01 Februari 2012

Isu Tepung Sauh, Roti dan Minyak Sri Murni Terjawab Sudah!

Eh... tiba-tiba nak post pasal isu semasa... tapi dah tak berapa nak semasa sangat... sebab banyak jugak blog yang dah siarkan jawapannya... tapi aku nak post jugak... 

Baru-baru ni kita digemparkan dengan pendedahan produk keluaran Robert Kuok ni tidak halal... sila klik pada gambar di atas untuk selanjutnya... pinjam gambar yer incik Nak Bebel...

Dan aku jugak telah menerima maklumbalas mengenai perkara yang hangat ni melalui e-mail yang dihantar oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim... dan ini adalah kandungan e-mail tersebut...

nampak ke tidak? kalau tak nampak sila klik untuk besarkan... dan kalau masih tak nampak lagi, sila pakai kanta pembesar untuk baca... sekiranya masih lagi tidak nampak, sila buat pembedahan mata dengan segera...

Ok... kesimpulan yang aku nak buat adalah... JANGAN PERCAYA 100% dengan apa yang diisukan dalam internet ni... kadang-kadang boleh jadi betul dan kadang-kadang hanyalah fitnah semata-mata... sekiranya timbul keraguan berkenaan isu barangan halal haram ni... cepat-cepat hubungi Bahagian Hub Halal, Jakim... mereka akan menjawab setiap persoalan anda...

Bahagian Hub Halal : 
03-8315 0200


e-mail :
ehalal@islam.gov.my

atau boleh lawati :
atau
(sebenarnya kedua-dua laman web ni sama jek isi kandungannya, so pilih salah satu jek lah yer)

"Halal For All"
"1 Malaysia 1 Halal"
eh... tiba-tiba pulak

taipan oleh :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!