d"(cerita dak poyosz)"b

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

28 Oktober 2015

Kehadapan Awak

Pernah tak korang alami, tengah bersantai-santai atau tengah buat sesuatu dan tiba-tiba teringat seseorang yang lama tak berhubung... padahal tak pernah teringat pun sebelum ni... tapi tetiba jek teringat... pastu orang yang diteringatkan tu pulak tiba-tiba munculkan diri atau telefon atau SMS korang pulak... sekarang ni Whatsapp lah kot... ahaaa... pernah??

Kejadian ni masa bulan Ogos haritu... tengah aku bersiap-siap depan cermin sambil nak pakai tudung, tiba-tiba zaaaaaaappppp... teringat seseorang... sahabat istimewa masa zaman kolej dulu... "ehhhh... dah kenapa aku teringat dia pulak ni..." aku terus beristighfar... anak dah dua kot... Sang Ayah juga suami yang terbaik... kenapa perlu ingat menda yang dah berlalu... aku pun jalani hari-hari seterusnya dengan riang gembira... hahaha...

Dan tiba-tiba selang 2 hari selepas aku teringat tu... datang pula satu SMS dari sahabat istimewa tersebut dengan berbunyi "Salam..still remember?"... jeng jeng jeng... apakah??? terkedu kejap aku... "dia teringat aku jugak ke?" aku tak reply sebab bagi aku tak ada keperluan untuk aku reply... aku cuma jawab dengan diri sendiri... "masih lagi ingat sebab saya bukan pelupa..." sedangkan kenangan 15 tahun dulu aku masih lagi ingat, ini kan pula kenangan 10 tahun lepas... aku ingat tapi bukan asyik teringat...

Jadi post kali ini, aku nak tujukan kepada beliau...


Kehadapan Awak,
Saya tahu kadang-kadang awak baca blog saya ni walaupun jarang sekali saya nak update... saya memang tak dapat nak reply SMS awak... tak boleh reply atau dengan kata lain TAKNAK REPLY... sebab saya isteri orang dan awak pula suami orang... kita sudah ada keluarga masing-masing... dan semestinya kita bahagia kan? Kita kena jaga hati pasangan kita... walaupun hanya 1 SMS, ia dah cukup melukakan hati pasangan... tak perlu untuk awak SMS saya lagi... kita kawan... kawan dari jauh... kalau awak nak tahu saya sihat ke tidak, tengok saja di FB walaupun awak bukan dalam Friend List saya lagi... hahaha... selain itu, awak jugak boleh menjengah blog saya ni... sambil-sambil tu klik la mana iklan yang ada kat kiri kanan tu yer... hahaha... menulis post ini untuk awak jugak buatkan saya rasa bersalah pada suami... tapi saya rasa awak perlu jelas... saya bukan seorang pelupa, maka mustahil untuk saya lupa awak... saya jugak tak lupa pada kawan-kawan lain yang dah tak berhubung lagi... jelasnya di sini, awak sama macam mereka yang saya tak lupakan... berhenti untuk mengingati saya... kerana ia akan melukakan hati pasangan awak... hormati dan hargai dia... jangan sakiti dia... saya juga taknak melukakan hati suami... terima kasih... cukup sampai di sini... dan harap awak faham... maafkan saya yer sekiranya ada mengguris perasaan awak... tapi tak salah kalau awak nak jengah blog saya sambil klik-klik iklan tu... hahaha...


taipan oleh :

24 Ogos 2015

Cukai Tanah

Lama sudah tak update... tapi tak adalah lama sangat,kan? agak sibuk sikit sejak kebelakangan ni... yela memandangkan sudah melepasi setengah tahun, makanya Unit aku agak sibuk... sibuk dengan segala pemantauan ke atas akaun-akaun cukai tanah yang masih belum dijelaskan... ahaa... 

SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI TANAH???

TAHUKAH ANDA KESANNYA APABILA CUKAI TANAH
GAGAL DIJELASKAN???


Ok... post kali ni kita cerita sikit pasal bidang kerja aku... apa itu CUKAI TANAH? cukai tanah di dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 juga disebut sebagai SEWA TANAH... apabila disebut sewa, makanya ini menunjukkan tanah tersebut bukanlah selama-lamanya hakmilik kita... walaupun tulis kat situ HAKMILIK KEKAL... kenapa? sebab Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mempunyai kuasa untuk ambil tanah tu pada  bila-bila masa sahaja... tapi tidaklah kejam sangat... ingat minta hari ni, esok dapat ke? mesti kena melalui prosedur tertentu dan mendapat persetujuan daripada pemilik tanah... pampasan juga akan diberikan sama ada berupa wang atau gantian tanah... itu pemahaman serba ringkas akulah... nak tanya lebih-lebih, pergi Kaunter Pejabat Tanah yang berhampiran dengan anda yer... hahaha...

Seterusnya apa yang akan terjadi apabila anda GAGAL menjelaskan cukai tanah?

Makanya, surat peringatan akan keluar untuk mengingatkan anda membayar cukai tanah... sekiranya surat tersebut masih lagi diabaikan oleh anda dan tiada pembayaran yang dijelaskan, makanya satu Notis 6A iaitu Notis Tuntutan Tunggakan Sewa akan menyusul dan menghantui anda pula... bila dah keluar Notis 6A, tiada lagi bayaran ansuran yang akan diterima dan hanya bayaran penuh sahaja... aha... masa ni mana nak cekau duit bila dah kena bayar penuh tu??? selepas pengeluaran Notis 6A dan bayaran masih lagi tidak dijelaskan akan keluar pula Notis 8A iaitu Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan... maksudnya di sini PERLUCUTHAKAN TANAH sedang berjalan atau bahasa pasar disebut, RAMPASAN TANAH... ahaaaaa... takut tak???? takut kan... bila dah Kerajaan Negeri rampas tanah tu, jangan pulak kata Kerajaan Negeri zalim, takde hati perutlah... masa tu nangis pun tiada guna... sebab semua berpunca dari diri sendiri... dengan MENGABAIKAN BAYARAN CUKAI TANAH, tanah anda akan menjadi MILIK KERAJAAN NEGERI... masa ni jangan haraplah dapat pampasan atau gantian tanah yer...

Oleh yang demikian, bayarlah CUKAI TANAH anda... SETAHUN SEKALI jek pun... bermula 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun... denda lewat akan dikenakan bermula Jun...

kak... pinjam gambar kak... -sumber Google-

Sekarang ni tak susah pun nak bayar Cukai Tanah... kat mana-mana dah boleh terima bayaran Cukai Tanah sebagai contoh:-
- Kaunter Pejabat Pos Malaysia
- Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Kaunter di UTC
- dan yang paling mudah, online... ni aku syorkan lawati dulu laman web Pejabat Tanah Daerah area anda... setengahnya boleh terus melalui Maybank2u atau CimbClicks... ada yang kena masuk laman web khas... macam Negeri Melaka, kena masuk laman web khas baru boleh bayar...

Senang kan... semuanya dihujung jari anda!!!


...promote sikit...

SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMILIK TANAH~


P/S: Maafkan saya andai kenyataan saya ada yang kurang tepat...


taipan oleh :

11 Ogos 2015

Selamat Pengantin Baru Mak Ngah!!!

Okey! hari ni baru naik kerja selepas beberapa hari aku bercuti... bermula Khamis sampailah hari semalam, Isnin... macam sambung cuti raya pulak kan... tapi ni cuti rewang untuk majlis perkahwinan adik ipar aku... satu-satunya adik perempuan... macam aku jugaklah... memang meriah... tak menang tangan rasanya sampai aku sendiri tak sempat nak ambil gambar... gambar yang ada pun atas belas ihsan kamera orang lain... hahaha... papepun baju pengantin Mak Ngah cantik!! songket gitu...

Ucapan kami sekeluarga untuk Mak Ngah tersayang:-
Selamat Pengantin Baru Mak Ngah & Pak Ngah!!!
Semoga dimurahkan rezeki...
Didoakan agar jodoh berpanjangan dan kekal bahagia hingga ke syurga...
Sentiasa bertolak ansur dan yang paling penting KERJASAMA... 

...Pengantin Basi -vs- Pengantin Baru...

...Mak Ngah & Pak Ngah...

...by Kiri Kanan Studio...

...Goodies...

Pelamin / Bridal : Malina Andaman
Make-Up : Maliza Ali
Photographer : Kiri Kanan Studio
Goodies : Mak Tam Anak Beranak


taipan oleh :

05 Ogos 2015

Sardin

Aha... malam tadi teringat ada sardin 1 tin yang belum buka... tiba-tiba nak masak sardin lak... padahal sebelum ni memang tak berapa nak gemar sangat dengan sardin ni... disebabkan Sang Ayah suka makan sardin, nak tak nak kena masak jugak... lama-lama tu aku dah boleh menerima sardin sebagai masakan di rumah aku... hahaha... jadinya aku masak ikut penerimaan tekak aku lah kan...

...Sambal Sardin Simple...

Sambal Sardin Simple

1 tin kecil sardin - yang dalam biasa ada 2 ketul tu jek...
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 biji cili padi - nak pedas tambah lagi yer...
1 sudu makan kicap
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Biasanya aku akan goreng kejap ikan sardin tu... ikan jek tau... sos sardin tu ketepikan dulu... sambil-sambil goreng, tumbukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi... tumbuk kasar-kasar jek... dah lepas goreng ikan sardin, minyak tadi tu aku terus guna untuk menumis bahan-bahan yang dah siap tumbuk... dah naik bau, macam dah garing jek curahkan pulak sos sardin... pastu letaklah gula sikit, garam sikit dan kicap... pastu bila dah ok rasanya, letaklah ikan sardin yang dah goreng tadi... SIAP!! simple kan... tapi rasanya memang marbeles!!! Pengasuh Si Abang dan Si Adek siap tanya resepi... padahal simple jek...

Memandangkan sardin malam tadi masih ada lagi, makanya menu Si Abang pagi ini adalah berasaskan sardin iaitu Nasi Goreng Sardin... Si Abang tak makan pedas, oleh yang demikian nasi goreng ni aku tak letaklah cili padi... kalau ikut tekak Sang Mama yang kuat pedas ni memang dah bubuh dah...

...Nasi Goreng Sardin...

Nasi Goreng Sardin

2 cawan nasi putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Sambal sardin
Garam secukup rasa

Bawang merah dan bawang putih tumbuk lumat.. kemudian tumis sampai garing... masukkan sambal sardin... hancurkan ikan tu... perasakan dengan garam sikit... masukkan pulak nasi... goreng sampai warna sekata... SIAP!!! hmmm... teringat pulak Nasi Goreng Sardin yang abah aku buat... sedap sangat...


taipan oleh :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!