d"(cerita dak poyosz)"b: Januari 2014

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

20 Januari 2014

Selamat Hari Lahir Aryan Furqan~!

Pada 18 Januari 2014 yang lalu, genaplah usia Aryan Furqan 1 tahun... Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia Aryan untuk dipinjamkan kepada mama dan ayah...

Aryan Furqan...
  • Semoga jadi anak yang soleh... yang boleh bawak mama dan ayah ke syurga... taat perintah Allah dan tinggalkan laranganNya...
  • Semoga dipanjangkan usia lagi untuk jadi khalifah dan penghibur hati mama dan ayah...
  • Semoga dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan... bila Aryan tak sihat, mama dan ayah jadi risau... tapi ayah steady jek... askar katanya... haruslah berjiwa kental... mama yang dah berjurai air mata...
  • Semoga jadi anak yang cerdik, cerdas, cergas dan pintar...
  • Semoga diterangkan hati untuk menerima sesuatu ilmu yang baik...





Selamat Hari Lahir
Muhammad Noraryan Furqan



taipan oleh :

16 Januari 2014

Beskot Instagramama!!

Wahhhhh... dah bersawang-sawang dah blog aku ni... sampai aku naik lupa yang aku pun ada blog jugak... tuuu laaa... orang nak ada blog, aku pun sebok nak ada blog... oh! sangat busy aku sejak akhir-akhir ni... hujung tahun hari tu, busy nak kejar segala kutipan yang nak kena buat resit... sekarang ni pulak tengah sibuk kejar jurnal kutipan... 

Oh!! sangat macam-macam keadaan aku sekarang... sampai hari tu aku boleh pulak kena gastrik... tak pernah sepanjang aku hidup 27 tahun ni aku kena gastrik... tup tup boleh pulak kena... sangat bersyukur jugak bila kena gastrik... sekurang-kurangnya aku boleh hilang 3kilo dalam masa 3 hari tak jamah makanan... petuanya muntah-muntah tanpa henti... masuk makanan, keluar balik... walaupun hanya sepotong kecil kek, ia tetap akan keluar... tapi rasa manislah bila muntah tu... bila dah keadaan aku macam gitu, aku hanya minum air jus buah-buahan dan air kotak laici untuk bekalkan tenaga... tapi Alhamdulillah hari ke-4 aku dah boleh makan...

Lepas jek aku kena gastrik aku hari tu, tiba-tiba hormon kemalasan masak aku ikut sekali dengan muntah tu... sekarang bukan main rajin lagi aku masak... walaupun hanya telur masak kicap, aku tetap memasak... dan setiap pagi Incik Paraparasakura bawak bekal makanan... sangat rajin kan aku... 

Hari minggu hari tu pulak, aktiviti aku penuh dengan acara membakar beskot... yeah! Beskot Instagramama katanya... sedap??? mestilah sedap... sangat rajin membakar sempena Majlis Hari Lahir Muhammad Noraryan Furqan bin Mohd Norhadi pada 18 Januari 2014 ni... besday Aryan yang pertama bolehlah mama rajin macam ni... huhuhu... ini sebagai doorgift kepada tetamu yang hadir... takdela banyak mana pun aku buat... ade lah dalam 50 balang kaca dan 5 telap beskot tu... chewahhh... memang sangat sedap... ni bukan aku yang cakap, kawan-kawan opis, jiran tetangga dan yang penting Incik Paraparasakura yang cakap... huhuhuhu... resepi pun simple jek...


Biskut Rainbow Lidah Kucing (Beskot Instagramama versi Poyosz)
Kredit kepada : Resepi CitarasaWan

Bahan
250 gm Butter
175 gm gula Kastor
100 ml putih telur
200gm Tepung Gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex (perangup biskut)

Warna : Unggu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah

Cara cara:
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sikit sikit hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak cara KAUP BALIK yer...
4. bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut susunan....
5. Masukkan kedalam piping bag dan buat seperti pic di atas...
6. Panaskan Oven 150C sebelum membakar dan bakar 15 minit.


Selamat Mencuba!!!



taipan oleh :
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!