d"(cerita dak poyosz)"b: Bercuti

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

12 Jun 2013

Bercuti

Dah lama giler rasanya tak pergi bercuti bersama Incik Paraparasakura... yerla... kali terakhir pergi adalah lepas kahwin dulu... ini bermakna dah 2 tahun dah kami tak pergi bercuti... patutlah badan rasa sakit-sakit jek ni... eh... apa kaitan pulak??

Sejak kelahiran Aryan Furqan, Incik Paraparasakura agak sibuk dengan kerjayanya sebagai Angkatan Tentera Malaysia... opppsss... rasanya masa aku tengah mengandung lagi aku asyik ditinggalkan... sobbb... sobbb... sobbb... kalau tak silap aku, bermula bulan September tahun lepas, tak habis-habis dengan latihan beliau... kejap kursus... kejap latihan... kejap operasi... pastu kursus balik... latihan lah... operasi lah... lain kali, jangan cari suami askar hoookkkeeeyyy... tapi dah jodoh... nak buat macam mana kan... tadah jek lah...

Semalam, beliau baru balik dari Perak... Pertandingan Hoki katanya... main kee??? pemain simpanan pun bolehlah... janji dapat bawak balik pingat... hehehehe... tahniah 8 Rejimen Renjer DiRaja Para kerana berjaya merangkul Naib Johan di kejohanan tersebut... itu cerita semalam... dan esok... haaa... esok ni... yang esok ni la... beliau kena pergi latihan kat Pahang pulak... haiyoooohhhh... ku ditinggalkan lagi... katanya sampai 22 haribulan JEK...jek ok... 22hb ke, 26 hb ke... aku taknak beliau pergi, boleh???

"Mana boleh yang... tak ada orang ni..."

Huhhhh!!! kang aku doa latihan tak jadi kang... hehehehe... untuk menyedapkan hati aku sendiri... aku pun merancang untuk pergi bercuti lepas beliau habis latihan... beliau kata boleh dapat cuti dalam 2 minggu lepas balik latihan... paling busuk pun dapat seminggu... campur sekali dengan yang pergi hoki hari tu... aku pun tak berapa nak jelas cuti-cuti angkatan tentera ni... agaknya, balik latihan dapat cuti... balik operasi dapat cuti... balik sana sini dapat cuti...

Bila dah macam tu... aku beranganlah nak pergi ke............

jengjengjeng!!!
...cuba teka kat mana ni??...

Aha... aku bercita-cita nak bercuti di Grand Lexis Port Dickson... antara sebab aku nak pergi sangat adalah...
Private Swimming Pool
kat dalam bilik...

Seronok kan?? haruslah seronok... siang, malam, pagi, petang aku dok berendam dalam tu... dah berangan nak belikan Aryan pelampung... overrrr tauuu... 

Aku dah siap servey harga dah... RM565.62 semalaman... tu harga termasuk sarapan, service charge dan tax... bagi aku okla... sebab ada pool... private gitu... haruslah mahal kan... korang-korang yang baca blog aku ni tolonglah yer doakan agar tercapai cita-cita aku nak bercuti kat sini... hehehehe... terima kasih!!!


taipan oleh :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!