d"(cerita dak poyosz)"b: Cukai Tanah

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

24 Ogos 2015

Cukai Tanah

Lama sudah tak update... tapi tak adalah lama sangat,kan? agak sibuk sikit sejak kebelakangan ni... yela memandangkan sudah melepasi setengah tahun, makanya Unit aku agak sibuk... sibuk dengan segala pemantauan ke atas akaun-akaun cukai tanah yang masih belum dijelaskan... ahaa... 

SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI TANAH???

TAHUKAH ANDA KESANNYA APABILA CUKAI TANAH
GAGAL DIJELASKAN???


Ok... post kali ni kita cerita sikit pasal bidang kerja aku... apa itu CUKAI TANAH? cukai tanah di dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 juga disebut sebagai SEWA TANAH... apabila disebut sewa, makanya ini menunjukkan tanah tersebut bukanlah selama-lamanya hakmilik kita... walaupun tulis kat situ HAKMILIK KEKAL... kenapa? sebab Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mempunyai kuasa untuk ambil tanah tu pada  bila-bila masa sahaja... tapi tidaklah kejam sangat... ingat minta hari ni, esok dapat ke? mesti kena melalui prosedur tertentu dan mendapat persetujuan daripada pemilik tanah... pampasan juga akan diberikan sama ada berupa wang atau gantian tanah... itu pemahaman serba ringkas akulah... nak tanya lebih-lebih, pergi Kaunter Pejabat Tanah yang berhampiran dengan anda yer... hahaha...

Seterusnya apa yang akan terjadi apabila anda GAGAL menjelaskan cukai tanah?

Makanya, surat peringatan akan keluar untuk mengingatkan anda membayar cukai tanah... sekiranya surat tersebut masih lagi diabaikan oleh anda dan tiada pembayaran yang dijelaskan, makanya satu Notis 6A iaitu Notis Tuntutan Tunggakan Sewa akan menyusul dan menghantui anda pula... bila dah keluar Notis 6A, tiada lagi bayaran ansuran yang akan diterima dan hanya bayaran penuh sahaja... aha... masa ni mana nak cekau duit bila dah kena bayar penuh tu??? selepas pengeluaran Notis 6A dan bayaran masih lagi tidak dijelaskan akan keluar pula Notis 8A iaitu Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan... maksudnya di sini PERLUCUTHAKAN TANAH sedang berjalan atau bahasa pasar disebut, RAMPASAN TANAH... ahaaaaa... takut tak???? takut kan... bila dah Kerajaan Negeri rampas tanah tu, jangan pulak kata Kerajaan Negeri zalim, takde hati perutlah... masa tu nangis pun tiada guna... sebab semua berpunca dari diri sendiri... dengan MENGABAIKAN BAYARAN CUKAI TANAH, tanah anda akan menjadi MILIK KERAJAAN NEGERI... masa ni jangan haraplah dapat pampasan atau gantian tanah yer...

Oleh yang demikian, bayarlah CUKAI TANAH anda... SETAHUN SEKALI jek pun... bermula 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun... denda lewat akan dikenakan bermula Jun...

kak... pinjam gambar kak... -sumber Google-

Sekarang ni tak susah pun nak bayar Cukai Tanah... kat mana-mana dah boleh terima bayaran Cukai Tanah sebagai contoh:-
- Kaunter Pejabat Pos Malaysia
- Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Kaunter di UTC
- dan yang paling mudah, online... ni aku syorkan lawati dulu laman web Pejabat Tanah Daerah area anda... setengahnya boleh terus melalui Maybank2u atau CimbClicks... ada yang kena masuk laman web khas... macam Negeri Melaka, kena masuk laman web khas baru boleh bayar...

Senang kan... semuanya dihujung jari anda!!!


...promote sikit...

SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMILIK TANAH~


P/S: Maafkan saya andai kenyataan saya ada yang kurang tepat...


taipan oleh :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!