d"(cerita dak poyosz)"b: Selamanya Harimau Malaya~

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

17 November 2011

Selamanya Harimau Malaya~

Aku bukanlah orang yang pandai sangat tentang bola sepak... setakat tengok dan menantikan saat-saat nak jaringkan gol... tengok diorang rembat dan pass bola tu bolehlah... tapi aku taktau mana had-had setiap pemain tu boleh pergi... nama pemain pun aku tak tau... hahahaha... aku tau pun yang selalu keluar dekat suratkhabar tu jek la... aku pun taktau jugak macam mana diorang boleh kena kad pelbagai warna tu... merah, kuning jek eh... hijau ada tak? macam trafficlight lah pulak... pastu tetiba diorang dapat free kick... penalti lah... dapat corner lah... senang cite aku memang taktau papepun 'undang-undang' dalam permainan bola sepak tu...

Yang aku tau, duduk depan tv... tu jek yang termampu... tu pun kalau tv bukan Astro ada siarkan siaran langsunglah... rumah saya takde Astro... kunyah-kunyah kerepek atau keropok dan tiba-tiba jerit 'GOLLLLL~!!' tu pun kalau gol la... ataupun  'alaammmakkkkk... macam tu jek ke boleh pergi??' 'oiii...pass kat sana lah pulak...' 'ek ele... pertahanan siap takda orang' 'adooooooiiii haiii...lagi sikit jek' 'tinggi sangat ko tendang bola tu...' dan sebagainya la... yer... saya mengaku, saya adalah salah seorang yang akan kata begitu kalau pemain tak dapat jaringkan gol... gaya macam pro jek aku ni...

Tapi sejak dua tiga menjak kebelakangan ni... aku rasa adalah dalam 2,3 tahun kebelakang kot... bola sepak Malaysia ada menunjukkan peningkatan... lawan dalam... lawan luar... lawan sana sini... dan setiap perlawanan yang diorang masuk, mesti ada yang menang... walaupun tak banyak menang... yeke tak banyak? macam banyak memang jugak jek aku rasa... aku pun tak ikut sangat perkembangan bola sepak ni... bagus kalau macam tu... kalah ke... menang ke... yang penting boleh tingkatkan skill permainan... 

Dan yang aku rasa sangat adalah sokongan rakyat Malaysia sendiri kepada pasukan bola... tak kesah Pasukan Kebangsaan ke Pasukan Negeri-Negeri ke... tahniah rakyat Malaysia... sokongan anda kepada Pasukan Bola Sepak Negara semakin tinggi... kalau tengok tv tu, penuh jek stadium... kawan serumah aku pernahlah pergi Stadium Bukit Jalil masa Malaysia -vs- Indonesia... yang  Piala Suzuki tu kot... bila habes jek perlawanan, nak kuar stadium bersesak-sesak... boleh pulak dia pitam kat situ... tapi bukan nak cite pasal dia pitam... nak cite bila Malaysia dapat gol yang pertama, jeritan gol dari stadium tu sampai boleh bergegar train sebelah Bukit Jalil tu... aku yang tengok tv pun terasa tv tu bergegar... apatah lagi yang dalam stadium... hebat betul~!! tapi tu bila menang... bila kalah pulak, bergegar-gegar jugak kepala otak kena kritik + maki hamun dari penyokong... pulak tu ada yang main bakar-bakar... baling mercun sana sini... laser-laser bagai... campak botol air la... dah sokong sangat, jadi macam tu pulak dah...

Dari hari ke hari, aku jadi minat pulak nak tengok perlawanan bola sepak walaupun hanya dikaca televisyen... saya sangat sokong Harimau Malaya... kalau negeri pulak, saya sangat sokong Negeri Sembilan... sebab omak den orang Nogori... jadi den sokong nogori la yo... Johor pun kite sokong jugak...

Jangan lupa saksikan perlawanan
Malaysia -vs- Indonesia
8.00mlm
17 November 2011


Jom nyanyi lagu ni walaupun anda hanya berada di rumah atau warung atau kedai yang tayang layar putih~!!
goOoooOO Malaysia~!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!