d"(cerita dak poyosz)"b: Trifle ku di Hari Raya Haji~!

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

09 November 2011

Trifle ku di Hari Raya Haji~!

Firstly, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji~ atau Qurban atau juga AidilAdha kepada korang... raya-raya jugak... qurban pun qurban jugak... jangan sampai diri yang terkorban sudah... okeyla... Raya Haji tahun ni aku masih lagi beraya dengan family aku... yela... masa Raya Aidilfitri kan aku beraya dengan keluarga mertua... so, Raya Haji dengan family aku pulak lah... gilir-gilir katanya...

Kali ni aku dengan penuh kerajinan buatkan family aku Puding Trifle... kan tengah trend ni... Puding Tiga Lapis tu...simple jek kot... senang jek nak buat... mak aku sibuk mengacau rendang, aku pulak mengacau kastard... nak jugak sibuk kat dapur... meriah jek rasa sebab abang-abang aku semua ada + kakak ipar + anak-anak sedara... yang si kecik tu tak habis-habis jengah ke dapur... tengok dah siap ke belum puding Antie Sut dia ni... tapi kalau dah siap pun, aku bukannya nak bagi dia makan malam tu jugak... kena tunggu esok... kejam gilorrrr... aku cuma bagi dia buah koktel yang lebih-lebih tu jek... kira okla tuh...


.:Bahan-Bahan:.

Kek Gulung secukupnya (aku guna London Swiss Roll... sangat comel)

Kastard
1 paket tepung kastard
7mug air
1 tin susu cair
2 tin koktel (aku sangat bermurah hati) - ambil airnya sahaja
2 cawan gula
1 biji telur - putih sahaja

Jeli
1 paket jeli - perisa ikut suka
1 cawan gula - kalau suka manis
1.5 liter air

.:Cara-Cara:.

1. Potong Kek Gulung tadi bulat-bulat... dan letakkan ke dalam bekas... ikutlah nak letak berapa banyak pun dalam satu (1) bekas tu... disebabkan kek gulung aku terlalu comel, aku letak lima (5) keping... kalau yang besar tu, satu (1) pun dah cukup...

2. Kastard : Masukkan tepung kastard ke dalam periuk dan masukkan air... kacau hingga tiada ketulan... kemudian letakkan periuk tadi tu atas api... kacau, kacau, kacau dan terus kacau... pastu bila dia dah nak mula melikatkan dirinya, masukkan gula + susu cair + air koktel tu... kacau, kacau, kacau dan terus kacau lagi... bila dia nak melikatkan dirinya lagi, masukkan pulak putih telur... kacau, kacau, kacau dan terus kacau lagi sehingga rasa kastard tadi dah berkilat dan likat dan susah nak kacau... matikan api... tuang terus ke dalam bekas-bekas yang ada kek gulung tadi tu...

3. Sambil tuang kastard dalam bekas tu, bolehlah susun buah-buah koktel kat atas kastard tu... ikut suka korang jugaklah... nak letak kat atas ke... nak letak kat bawah ke... nak banyak ke... nak sikit ke... bila dah letak tu, biar kastard tu sejuk...

4. Jeli : Masak pulak jeli sementara nak tunggu kastard tu sejuk... tuangkan serbuk jeli dan air ke dalam periuk... kacau sebati... kemudian, letakkan periuk itu di atas api... peningnya aku taip panjang-panjang ni... kacau, kacau, kacau dan terus kacau... pastu masukkan gula pulak... kacau, kacau, kacau dan terus kacau lagi... bila dia dah didih, matikan api... dan terus tuang ke dalam bekas yang dah isi kastard tu...

dan inilah hasilnya...simple kan??



pastu simpanlah dalam peti ais...dan sedap dimakan bila dia sejuk-sejuk!

~sekian~
~terima kasih~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!