d"(cerita dak poyosz)"b: Saat itu...

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

06 Mac 2013

Saat itu...

Alhamdulillah... akhirnya aku selamat melahirkan sayang yang selalu menendang-nendang, yang selalu menyiku-nyiku diriku ini... pertama kali dengar sayang nangis, aku pun rasa nak nangis jugak... syukur alhamdulillah semuanya selamat...

16 Januari 2013 (Rabu)
Aku dah mula cuti... rasa nak bermalas-malasan hari tu... Incik Paraparasakura pulak dah pergi kerja awal-awal pagi lagi... lepas hantar beliau depan pintu, aku pun terus sambung membungkang balik... huhuhuhu... seronok betul time tu... pukul11.00 pagi baru nak mandikan diri... adakah ayat ini mengkantoikan diri sendiri bangun lambat? tiba-tiba kat bilik air... keluar darah... jeng jeng jeng!!! tapi tak banyak... sikit jekla... masa tu aku rasa macam gembira... macam gelabah pun ada... taktaulah apa aku rasa... bercampur baur pulak... orang kata, kalau keluar darah, tu dah tanda nak bersalin... hmmmm... aku bagitau Incik Paraparasakura... yela biar beliau bersedia dari segi mental dan fizikal... bila-bila masa sahaja aku boleh bersalin... tapi seharian tu, tak ada keluar darah lagi... sakit pun tak ada... telefon mak kat kampung... kena bebel suruh pergi hospital... ni yang leceh ni... aku pulak malas nak pergi sebab tak sakit pun... langsung tak sakit... aku pun cakap kat mak... "Esok jek lah adek pergi hospital..."

17 Januari 2013 (Khamis)
Pagi tu ada keluar darah sikit... sikit sangat... darahnya keluar sikit-sikit sampailah tengah hari... dan tak lama lepas tu, mak abah aku pun sampai dari kampung... haiyooo... nak heret aku pergi hospital lah ni... dalam pukul 3.00 petang, aku + Incik Paraparasakura + mak + abah pun menuju ke hospital... barang-barang semua dah tersedia dalam kereta... cuma tinggal nak lapor diri jek kat hospital tu... sampai-sampai Hospital Besar Melaka... makkkk oiiiiiii... penuhnya Kamar Bersalin ni... punyalah ramai rakyat Melaka nak bersalin... ramai yang dah pakai uniform pink... bila dah duduk situ, berdebar pulak aku... yela, nampak orang yang terbaring atas katil diusung sana sini... ada yang nak masuk, ada yang nak keluar... dalam pukul 5.00 petang barulah aku kena cek dan diberikan uniform pink... yey!! ingatkan terus dapat masuk wad... rupanya tak dapat... dalam pukul10.00 malam, doktor cek jalan... gulp!! ni yang kawan-kawan kat opis aku cakap sakit... tadah jekla... doktor cakap dah buka jalan 3cm... erk!!! takut aku... aku suruh mak + abah balik rumah aku dulu... yela... dahla datang dari jauh, tak dapat rehat-rehat lagi... Incik Paraparasakura setia menunggu aku... malam tu aku tak dapat masuk wad... kena tidur kat Kamar Bersalin tu atas kerusi malas... wad penuh... redha + redah jekla... tapi tak dapat nak tidur jugak sebab misi kejap-kejap datang cek tekanan darah... pastu panggil buat CTG pulak... senang citer, aku cuma tidur-tidur ayam jekla...

18 Januari 2013 (Jumaat)
Sakit masih tak ada... aku masih gagah ke hulu ke hilir... penat jugak sebenarnya... yela dah tak dapat tidur lama... makan?? aku masih berselera lagi... apa sahaja yang terhidang depan mata, aku pasti akan sental... siap tengah hari tu minta Incik Paraparasakura belikan keropok lekor bila beliau balik solat Jumaat... my peberet... mak + abah dah datang dari awal pagi... ramai jugak yang masih menunggu kat tempat menunggu... dalam pukul 3.00 petang, tengah syok berbual dengan mak sambil berdiri, tiba-tiba air ketuban pecah... puuuuuffffttttt!! aku terperanjat... aku siap boleh cakap dalam hati... "kenapa aku boleh terkencing ni??tak ada rasa nak terkencing pun tadi... ni air ketuban ni... oOoOo ni air ketuban rupanya..." lamanya aku cakap dalam hati... tapi betul la... mak pun sama terperanjat... orang-orang yang sekitar situ pun terperanjat... aku terpaksa mententeramkan diri sendiri sebab tengok mak gelabah semacam jek... aku pun relex jek sambil jalan terkepit-kepit... nasib baik kebetulan ada misi keluar, dia yang papah aku masuk ke dalam Kamar Bersalin semula... habis basah kain aku... aku terus naik atas  tempat baring tu... tak lama lepas tu, datang doktor... cek jalan... gulp!! jalan dah bukak 5cm... bilik bersalin tu pulak penuh... perut aku dah kerap mengeras... sakit!!! agaknya dalam setiap 10 minit kot... misi pasang alat CTG kat perut aku... misi pegang perut aku... perut aku panas katanya... kemungkinan aku demam... "Kalau bilik kosong, terus tolak patient ni masuk dalam..." kata doktor... aku dah mula rasa nak gelabah... betul ke aku nak beranak ni? macam mana ni?? macam-macam perasaan ada... haisshhh... doktor datang lagi nak tengok slip CTG aku tu... dia goncang-goncang perut aku... "Baby tidur ni..." "Graf tak cantik..." doktor tu berkata sendirian... aku manalah paham apa maksud doktor tu... aku ingatkan normal... tiba-tiba misi suh aku beralih katil... diorang nak tolak aku masuk bilik bersalin... uhukkk!! bertambah cuaklah aku... perut makin kerap mengeras... serius sakit!!! aku macam dah lemah dah... aku sendiri terasa diri aku ni panas... perut asyik mengeras... kali ni mungkin dalam 5 minit sekali... dalam bilik tu, ada tiga orang pelatih... bila diorang tengok muka aku semacam jek... "Perut mengeras eh kak?" aku cuma mampu angguk jek... alat CTG tu pasang lagi sekali kat perut aku... tak lama lepas tu masuklah dua, tiga orang doktor... aku pun pelik kenapa ramai sangat doktor masuk tengok aku ni... "Graf dia tak cantiknya..." dua tiga kali dok cakap macam tu... tak lama lepas tu, masuk pulak seorang doktor pakar... "Eh... graf dia tak cantiknya... banyak longkang..." apa tu? tak paham aku... dan aku pun tak berdaya nak tanya... tiba-tiba pakar tanya aku... "You nak operate ke normal? kita suggestkan operate..." apa??operate?? jeng jeng jeng... "Kalau normal tak boleh ke?" tanya aku... "Risiko..." pakar terus cek perut aku... "Hmmm... baby awak ni pun semangat jugak ni... dalam 3.4kg" "Suami ada datang?" aku pun angguk... pakar tu suruh misi panggilkan Incik Paraparasakura untuk mengadakan sesi perbincangan... chewahh!! tak lama lepas tu, Incik Paraparasakura pun masuk bilik... beliau pun memujuk aku untuk meng'operate'kan diri ini... sebagai seorang isteri yang solehah, aku pun setuju... poyooo!! bila ditanya kenapa perlu operate, maka doktor pun bagitahu yang sayang kat dalam ni dok syok tidur lagi... tu pasal graf CTG aku tak cantik... longkang sana sini... drip dipasang, salur kencing jugak dipasang... uniform pink sudah bertukar uniform putih... siap pakai serkup lagi kat kepala... berdebar!! campur dengan sakit... bila dah pakai semua, katil aku disorong ke bilik bedah... Incik Paraparasakura turut serta sekali... keadaan aku dah macam apa ntah... sakit + demam buatkan aku rasa macam serba tak kena... mata dah separuh jek ni... padahal belum bius lagi... tiba-tiba datang doktor memperkenalkan diri beliau pakar bius... ntah apa beliau bebelkan aku pun tak ingat... yang aku tahu beliau suruh aku tandatangan, aku tandatangan jeklah... sedang menunggu  nak masuk bilik bedah, tiba-tiba aku rasa sakit yang amat sangat... sakit giler!!! sampai aku mengerang... sempat lagi aku jerit kat misi sebelah... "saya sakit...saya sakit nak meneran!!!" misi sebelah macam gelabah... "sabar puan... mengucap..." sambil dia usap-usap kepala aku... aku cuba mengawal rasa sakit tersebut... dan katil aku disorong lagi masuk terus ke bilik bedah... ramai orang kat dalam tu... semuanya nampak mata jek... katil bertukar katil... dan sekali lagi doktor cek jalan... aku tak dengar pulak doktor cakap dah berapa cm bukak... yang aku tahu, aku dah tak sabar nak operate... aku dibangunkan... dibongkokkan sebongkok-bongkoknya... bius dienjek masuk kat belakang badan... aku dibaringkan kembali... eh... perut dah tak mengeras lagi lah... penghadang dinaikkan depan aku... tangan aku kedua-duanya didepangkan... sejuk!! aku terasa sesuatu lalu di atas perut ku... apa yang diorang buat pun aku taktau... tapi yang penting, tak sakit... badan dan tangan dah mula menggigil... tak lama lepas tu aku dengar doktor cakap... "Ok baby, nangis..." diikuti suara tangisan sayang... alhamdulillah!!!

...Paraparasakura Jr....
...1 bulan 15 hari...


taipan oleh :
..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!