d"(cerita dak poyosz)"b

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

27 Februari 2012

mimpi kadangkala bukan mainan tidur

Selalunya kita akan dengar...
"Ala... mimpi tu kan mainan tidur jek..."

Betul tak? tapi sebenarnya tak jugak... KADANG-KADANG mimpi tu memberi mesej atau petunjuk atau perkhabaran tentang sesuatu... haaa... nampak tak kadang-kadang tu? kadang-kadang yer... diulangi sekali lagi KADANG-KADANG... K.A.D.A.N.G-K.A.D.A.N.G!!


Pernah tak korang alami macam tu? hmmm... aku baru jek alaminya malam tadi... serius tak sangka pulak betul... ku fikirkan... 

"Ala... mimpi tu kan mainan tidur jek..."

Rupa-rupanya betullah pulak kan... sebenarnye aku mimpi sahabat baik aku kat kolej dulu akan berkahwin... padahal aku dah lama kot tak dengar cerita pasal beliau... perkembangan beliau pun aku taktau... tuptuptup... mimpi beliau pulak... dalam mimpi tu aku dapat kad kahwin beliau, tunang beliau sendiri yang bagi pada aku... wahh gitu... dalam mimpi tu, aku punyalah bengang + sedih sebab beliau akan terkahwin eh... berkahwin... realitinya tak pun... yeke? sebab beliau pernah kata beliau nak kahwin lambat... aku pun menerima kad tersebut dengan bengangnya siap cakap "taknaklah datang..." ade beliau kesah ko datang ke tak??

Dan pagi tadi... yang ni bukan mimpi lagi dah... aku pun hantar SMS kepada beliau dan bagitau tentang aku mimpi beliau dah nak kahwin... so aku pun ucapkan sekali Tahniah in advance... tuptuptup... beliau pun balas SMS aku... aku pun tak sangka betul rupanya mimpi aku... beliau insyaAllah akan bertunang pada bulan Oktober tahun ni dan kemungkinan terkahwin eh... berkahwin pada tahun 2013... papepun... aku mahu ucapkan tahniah juga...

Tahniah!!
Si Mata Cantek~
err... perlu ke buat tulisan besar-besar...
beliau bukannya baca pun blog ko ni... ceh!
taipan oleh :

22 Februari 2012

Hari Ini!

Hari ini mari sedekahkan al-Fatihah kepada...


sudah 14 tahun Angah tinggalkan kami~
Semoga Angah sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang soleh~!

al-Fatihah~

taipan oleh :

15 Februari 2012

Seorang isteri Paraparasakura~

Hmm... malam ni tak keruanlah aku tidur... esok incik Paraparasakura nak terjun... bukan terjun dari papan anjal ke dalam kolam renang... tapi dari pesawat Charlie ke... ke permukaan bumi lah kot... ke bawah lah kan... mana ada terjun ke atas pulak... dia yang nak terjun, aku pulak yang tak keruan... dia relex jek... siap main game lagi tanpa henti... berhenti pun sebab nak makan jek lah... patutnya dia pergi latihan... tapi boleh pulak dia tak pergi... semalam bila tanya kenapa tak pergi? jawabnya...

"Barang tak complete lah yang... esok ada lagi..."

pastu hari ni tanya kenapa tak pergi? jawabnya...

"Latihannya semalam lah yang... sekali jek dia buat..."

senang sahaja beliau berkata-kata... aku yang jauh beratus batu ni pulak yang dok risau lebih... aku memang tak tahu nak kata apa lagi dah... katanya...

"Dah tahu sikit-sikit..."

hmm... memanglah beliau dah tahu cara-cara nak menerjunkan diri... tapi beliau itu dah lama tak terjun... setahun lebih dah kot... kang gayat pulak... dan esok adalah kali pertama beliau terjun selepas memegang jawatan SUAMI...

dan aku sebagai seorang isteri paraparasakura haruslah berasa risau... katanya...

"Jadi isteri askar kenalah kuat..."

yer... memanglah kuat ni... kuat bebel jadinya... haissshhhh... siang malam berdoa untuk keselamatan beliau... walaupun insuran beliau banyak... d($_$)b eh... jadi mata duitan pulak tiba-tiba... tapi tu bukannya penting... yang penting adalah keselamatan beliau... sebab beliau tiada gantinya... chewah... berjiwa-jiwa pulak... tapi betullah... memang tak ada... so...

::Pesanan dari seorang budak poyosz::
...lipat payung tu betul-betul tau...
...selawat + mengucap sebelum terjun... 
...tenangkan diri sebelum terjun tu... 
...masa tu jangan ingat ayang tau, ingat Allah... 
...apa-apa pun ayang akan doakan keselamatan abang... 
...last word but not least, jump safely...
...and... 
...I will always love you forever and ever...

 ...you always be mine...
...and...
...im always be yours...

taipan oleh :

14 Februari 2012

Sudah tua rupanya...

Tadi masa online FB, aku pun on lah chat... biasanya aku tak on chat tu... tapi disebabkan atas permintaan sahabat baik dan juga mempunyai anak-anak yang comel... macam tak ada kaitan... so aku pun on lah chat tu... tengah syok taip menaip... berbalas taipan... tiba-tiba seorang lagi kawan aku buzz...


Aku pun apa lagi... haruslah terus klik link yang dia bagi tu... bukan main gelak sakan lagi dia yer... hingga membuatkan aku hilang fokus sekejap... bila aku dah klik, aku pun tergelak... mananya tak gelak...
Gambar lama kot pakai... skemarama jek aku... cehh... macam tak banyak beza jek dengan sekarang... zaman mula-mula aku masuk kerja tahun 2010... tahun yang agak mencabar bagi aku... 

Cuba tengok tarikh lahir tu... nampak ke tidak?? kalau tak nampak klik untuk besarkan... tarikh lahir aku pada 1 Januari 1970... uishh... dah tua rupanya aku ni... tapi masih CIK lagi yer... eh... maknanya aku dah 42 tahun lah tahun ni... tapi abang sulung aku baru 37 tahun... macam mana pulak aku boleh lebih tua dari abang sulung aku??

aiyooo~ sila update data staff yer~ kerjasama dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih...sekian, wassalam.

taipan oleh :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!