d"(cerita dak poyosz)"b: Tahun 2.0.1.2~!!!

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

04 Januari 2012

Tahun 2.0.1.2~!!!


Selamat Tahun Baru kepada semua khalifah di bumi Allah! kenapa masa awal Muharam takde pun entry... kan tahun baru jugak tu... errr... no komen! rasanya tak terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua... biasalah... tahun baru ni sangatlah sinonim dengan AZAM... macam mana dengan azam korang tahun 2011? tercapai ke tidak? bagi yang tercapai tu... sekalung ucapan TAHNIAH aku ucapkan... anda berjaya merancang dan melaksanakan agenda tahunan anda... aku??? tengok ke kaki yang sedang bergoyang-goyang...

Aku sebenarnya tak ingat pun apa azam aku tahun lepas... apa ek? kahwin ke ar? gatal kan ko ni... kalau kahwin, aku dah capailah gamaknya azam aku tu... tapi aku rasa macam bukan kahwin jek... seriuss lupa giler... eh... ntahlah... tak ingat siot... baiklah... kita abaikan saja dia ni..

Apa yang penting adalah azam aku pada tahun ni... azam aku pada tahun 2012 adalah :-

  1. Menjalankan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan ke atas aku dengan jayanya... sebabnya pada tahun 2012 ni, aku dapat Senarai Tugas yang baru... jadinya aku nak tunjuklah pada pegawai yang sebelum ni buat, yang aku boleh buat lebih baik dari beliau.... boleh tak beliau cakap "Aku nak tengok boleh buat ke tak diorang (merujuk pada aku dan pegawai aku) kerja-kerja tu" mencabar nampaknya beliau ni... memandangkan pegawai aku sedang cuti bersalin, bermakna aku akan buat semuanya secara sendirian untuk dua (2) bulan ni... semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan~ amin~ tiada lagi kerja tertangguh lagi... chaiyok!! chaiyok!
  2. Penuhkan duit tabung dan boleh beli mesin jahit... yer... aku memang akan penuhkan tabung botol susu ku dengan duit syiling semata-mata... buat masa ni tabung teddy bear purple tu dah penuh dah... so sekarang giliran tabung botol susu pulak... mintak maaf banyak-banyak kepada pekedai, penjual dan cashier kerana saya akan menggunakan wang kertas semasa pembelian untuk mendapat duit syiling semata-mata.... pastu kalau dah penuh dan cukup, bolehlah aku beli mesin jahit... yey~!! padahal menjahit pun aku belum nak reti lagi...
  3. Nak dapatkan surat Pengesahan Jawatan... tu boleh dikira azam ke? bubuh jeklah weh... pada April 2012, aku telah genap dua (2) tahun dalam Perkhidmatan Awam ni... jadinya kalau boleh aku nak dapatkan surat pengesahan jawatan tu sebelum bulan April  ni... Peperiksaan Perkhidmatan Awam - LULUS, Induksi Umum - LULUS dan Induksi Khusus - LULUS... semua LULUS belaka, tinggal nak follow-up dengan bahagian berkenaan jek tentang surat tu... memang kena selalu follow-up lah kan... kalau dah dapat pengesahan jawatan, alhamdulillah... tak perlu risau lagi~
  4. Nak jadi lebih baik dari tahun yang lepas... macam biasa jek dengar... setiap tahun kot azam macam ni... so, sama-samalah berdoa agar kita sebagai khalifah di bumi Allah menjadi lebih baik dari sebelum-sebelumnya... kalau tak cukup solat, cukup-cukupkanlah solat tu... terasa tau... kalau tak cukup ganti puasa, cukup-cukupkanlah ganti puasa... kalau tak cukup kena bayar fidyah pulak... yang ni tak terasa... jadilah lebih positif... zaman sekarang bukannya jadi lebih positif, tapi jadi terlebih open minded sampai membelakangkan agama... kesian kan... dulu masa sekolah, ustazah dok membebel menerangkan apa itu ibadah, tauhid dan segalanya... tapi sayang, apa yang ustazah bebelkan tu tak pulak terlekat kat kepala otak... teringat statement seorang kawan dekat FB semalam... betapa jahilnya beliau... opsss~ terlebih sudah...
Sekian sahaja untuk kali ini... terima kasih...


taipan oleh :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!