d"(cerita dak poyosz)"b: Rumah terbakar panggil bomba~

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

11 Februari 2012

Rumah terbakar panggil bomba~

Rumah terbakar panggil bomba~
Bomba datang berlumba-lumba~
errr... sampai situ jek aku tau... kalau anda tau, sila nyanyi sendiri...

Hari ini hari Sabtu... memandangkan pada minggu ini aku tak balik Melaka, aku pun jadi single... but not available... dan mengajak sepupu rapat aku, Dania al-Yahya, pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali Jalan TAR... memanglah semua jalan pun tar... pagi-pagi lagi aku dah bangun dan bersiap... nak elakkan jem... yela... hari Sabtu kan ada pasar kat situ...mestilah hari ini ramai orang... kami sampai ke sana lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi... perut pun rasa lapar... sebab tak sarapan lagi... so pergilah bersarapan dekat Hamid Corner... tempat kenangan ni... makan roti kosong + kuah kari + teh ais duduk pulak sebelah belakang yang boleh nampak Sungai Klang yang sangat popular tu... tengah-tengah syok mengimbau kenangan lama... chewah... tiba-tiba jek terdengar satu bunyik letupan... potong betullah! nampaklah sekumpulan burung yang hinggap di pokok sebelah Sungai Klang tu menggelabah berterbangan...

DaY : "janganlah tembak burung tu... kesianlah diorang"
aku : "tu kan burung merpati... mana ada orang tembak burung merpati... orang tembak burung gagak la..."

Kitorang ingat ada orang tembak-tembak burung... kan kat KL banyak burung gagak... selalu jek keluar berita pasal tembak burung gagak ni... kitorang pun sambung makan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling... tiba-tiba pakcik depan kitorang bangun dan pergi ke arah belakang kami... dengan kepohnya aku pun toleh... nampak ramai orang yang berkumpul kat luar kedai Hamid Corner... semuanya mendongak ke atas... siap tunjuk-tunjuk... aku fikir "ada orang nak bunuh diri ke?" bila tengok depan balik, sepupu aku dah bangun... eh... nak pi mana pulak dia ni... rupa-rupanya dia pun kepoh jugak macam aku... tapi lagi dasyat dia kot sebab nak ikut pakcik tu sekali pergi tengok apa yang berlaku... mata aku pun ikut langkah dia... rupa-rupanya ada rumah kat atas kedai-kedai tu terbakar... yang meletup tu mungkin gas rumah tu kot... tak lama lepas tu dengar pulak bunyi siren jentera bomba tu... banyak kot... ada lah dalam 3,4,5 buah... macam-macam size ada... aku pun cepat-cepat suh sepupu aku tu pergi bayar... sebab... aku pun kepoh jugak nak tengok... hihihihihi... 









 



Dan akhirnya kebakaran tersebut berjaya dipadamkan... rasanya tak ada yang terkorban kot... semua macam selamat jek... tahniah abang-abang Bomba dan terima kasih~!

taipan oleh :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!