d"(cerita dak poyosz)"b

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

11 Februari 2012

Rumah terbakar panggil bomba~

Rumah terbakar panggil bomba~
Bomba datang berlumba-lumba~
errr... sampai situ jek aku tau... kalau anda tau, sila nyanyi sendiri...

Hari ini hari Sabtu... memandangkan pada minggu ini aku tak balik Melaka, aku pun jadi single... but not available... dan mengajak sepupu rapat aku, Dania al-Yahya, pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali Jalan TAR... memanglah semua jalan pun tar... pagi-pagi lagi aku dah bangun dan bersiap... nak elakkan jem... yela... hari Sabtu kan ada pasar kat situ...mestilah hari ini ramai orang... kami sampai ke sana lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi... perut pun rasa lapar... sebab tak sarapan lagi... so pergilah bersarapan dekat Hamid Corner... tempat kenangan ni... makan roti kosong + kuah kari + teh ais duduk pulak sebelah belakang yang boleh nampak Sungai Klang yang sangat popular tu... tengah-tengah syok mengimbau kenangan lama... chewah... tiba-tiba jek terdengar satu bunyik letupan... potong betullah! nampaklah sekumpulan burung yang hinggap di pokok sebelah Sungai Klang tu menggelabah berterbangan...

DaY : "janganlah tembak burung tu... kesianlah diorang"
aku : "tu kan burung merpati... mana ada orang tembak burung merpati... orang tembak burung gagak la..."

Kitorang ingat ada orang tembak-tembak burung... kan kat KL banyak burung gagak... selalu jek keluar berita pasal tembak burung gagak ni... kitorang pun sambung makan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling... tiba-tiba pakcik depan kitorang bangun dan pergi ke arah belakang kami... dengan kepohnya aku pun toleh... nampak ramai orang yang berkumpul kat luar kedai Hamid Corner... semuanya mendongak ke atas... siap tunjuk-tunjuk... aku fikir "ada orang nak bunuh diri ke?" bila tengok depan balik, sepupu aku dah bangun... eh... nak pi mana pulak dia ni... rupa-rupanya dia pun kepoh jugak macam aku... tapi lagi dasyat dia kot sebab nak ikut pakcik tu sekali pergi tengok apa yang berlaku... mata aku pun ikut langkah dia... rupa-rupanya ada rumah kat atas kedai-kedai tu terbakar... yang meletup tu mungkin gas rumah tu kot... tak lama lepas tu dengar pulak bunyi siren jentera bomba tu... banyak kot... ada lah dalam 3,4,5 buah... macam-macam size ada... aku pun cepat-cepat suh sepupu aku tu pergi bayar... sebab... aku pun kepoh jugak nak tengok... hihihihihi... 









 



Dan akhirnya kebakaran tersebut berjaya dipadamkan... rasanya tak ada yang terkorban kot... semua macam selamat jek... tahniah abang-abang Bomba dan terima kasih~!

taipan oleh :

01 Februari 2012

Isu Tepung Sauh, Roti dan Minyak Sri Murni Terjawab Sudah!

Eh... tiba-tiba nak post pasal isu semasa... tapi dah tak berapa nak semasa sangat... sebab banyak jugak blog yang dah siarkan jawapannya... tapi aku nak post jugak... 

Baru-baru ni kita digemparkan dengan pendedahan produk keluaran Robert Kuok ni tidak halal... sila klik pada gambar di atas untuk selanjutnya... pinjam gambar yer incik Nak Bebel...

Dan aku jugak telah menerima maklumbalas mengenai perkara yang hangat ni melalui e-mail yang dihantar oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim... dan ini adalah kandungan e-mail tersebut...

nampak ke tidak? kalau tak nampak sila klik untuk besarkan... dan kalau masih tak nampak lagi, sila pakai kanta pembesar untuk baca... sekiranya masih lagi tidak nampak, sila buat pembedahan mata dengan segera...

Ok... kesimpulan yang aku nak buat adalah... JANGAN PERCAYA 100% dengan apa yang diisukan dalam internet ni... kadang-kadang boleh jadi betul dan kadang-kadang hanyalah fitnah semata-mata... sekiranya timbul keraguan berkenaan isu barangan halal haram ni... cepat-cepat hubungi Bahagian Hub Halal, Jakim... mereka akan menjawab setiap persoalan anda...

Bahagian Hub Halal : 
03-8315 0200


e-mail :
ehalal@islam.gov.my

atau boleh lawati :
atau
(sebenarnya kedua-dua laman web ni sama jek isi kandungannya, so pilih salah satu jek lah yer)

"Halal For All"
"1 Malaysia 1 Halal"
eh... tiba-tiba pulak

taipan oleh :

31 Januari 2012

Kucing Ku Makan Durian!

Selamat pagi para khalifah di bumi Allah... chewah... masa cuti CNY (Chinese New Year) aku mengambil kesempatan untuk bercuti panjang... macam aku pulak yang raya... kata 1 Malaysia... bila dah cuti, mestilah aku balik kampung untuk menjenguk kedua mak abah  + mak abah mertua ku sekali... kebetulan musim durian kat kampung aku tu... abah aku dengan murah hatinya telah menempah 61kg durian... spesel gitu siap tempah-tempah... untuk anak cucu katanya... kami pun melantak durian tak ingat dunia... confirmlah bila dah sampai rumah mak abah, aku dijamu dengan durian petang tu... malam makan durian lagi... buka mata jek terus meluru ke dapur dan makan durian... pagi-pagi buta dah makan durian... pagi, petang, malam aku makan durian... bukan aku jek yang makan... kucing-kucing aku pun sama... sama naik dengan tuannya pulak... cuba tengok aksi diorang ni... 

Ini Bobby
...nyumnyumnyum...

 Seronoknya mereka berdua...

 Ini Abu
...nyumnyumnyum...

ha... terlentang sudah depan besen... 

Ini Wolf
sampai masuk dalam besen lah pulak... cubaan untuk buat penyamaran GAGAL!

Kucing-kucing ni bukanlah kucing pertama yang makan durian... ada jugak kucing-kucing lain yang makan durian... jadinya tak adalah pelik sangat kan... tapi ada tak kucing yang makan tempoyak?

taipan oleh :

30 Januari 2012

BLOG KU BERWAJAH BARU!

Hai~! lama tak update ni... sekali update, blog pun berubah wajah... ececece... amacam? cantik tak blog aku kali ni? canggih kan?? ke macam ttttuuuuutttt... errr... ha... semalam, hari Ahad... dah tak ada kerja sangat, aku godeh-godeh lah blog aku ni... godeh punya godeh, ntah jadi macam makin pelik pulak... aku terus revert pakai Template Classic... pastu ubah sana, ubah sini kat Template Designer tu... masih lagi rasa macam kureeeeng jek... aku pun tengok-tengok blog orang lain untuk cari ilham... sebenarnya curi idea... hehehe... tengok tutorial sana sini... yang mana aku rasa menarik, aku pun aplikasikanlah dekat blog aku ni... cehh..aplikasi tu... terima kasih kepada adek Faqihah Husni dan abang Zuar kerana memberi tips dan tutorial untuk membuat blog lebih menarik...
bila tengok balik... eh... macam kanak-kanak riang pulak blog aku ni...
lantaklah sana...


Tapi kenapa aku punya blog warna  PINK  ek???? kenapa tak warna  PURPLE ?? aku sangat suka akan purple... dulu kalau pink ni aku sangat-sangatlah jaki + menyampah + benci gilos dan semua yang seangkatan dengannyalah senang cakap... termasuklah penyanyi bernama Pink pun aku tak suka... walaupun dia tak ada buat salah dengan aku dan dia jugak bukanlah orang yang berwarna pink... kesian dia... tak memasal aku tak suka... aku memang akan sakit mata pabila melihat warna pink... padahal sakit mata kan warna merah... dan sekarang, saya suka akan warna pink... errrr... rasa bersalah sebab dulu kutuk-kutuk warna pink... tapi tak adalah semua benda aku nak warna pink jugak... agak-agaklah kan... purple tetap pilihan pertama ku...

Opss... memandang Incik Paraparasakura kata dia sangat pening melihat blog aku yang serba pink ni... aku pun tukar background yang macam gambar di atas ke background sekarang ni... tapi... masih lagi dalam warna pink... teeehhheeee... saya suka pink... anda macam mana pulak?? pening tak?


taipan oleh:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!