d"(cerita dak poyosz)"b

Pages

divider150polkadot5HOMEkecik polkadot5CONTACTkecik polkadot5ABOUTUSkecikdividerSAMBUNGAN150

05 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia~

Selamat hari raya~
Kepada saudara serta saudari~
Setahun hanya sekali~
Merayakan hari yang mulia ini~

Selamat Hari Raya~ aku ucapkan kepada semua kawan-kawan... walaupun aku agak terlewat... yela dah 7 Syawal kot hari ni... baru nak ucap... papepun kita masih di bulan Syawal lagi kan... dan korang semua aku tau mesti dalam mood raya lagi kan??kan??kan,kan?? haa... kerja pun dah start tapi balang kueh raya ada atas meja kat opis tu... sambil buat kerja sambil nguyah... macam tak biasa la pulak... pastu ceritanya bukannya pasal kerja tapi pasal raya... raya mane tahun ni? masak apa? openhouse buat tak? raya uma sapa? sapa jek yang balik? haa... silap-silap pergi kerja pun pakai baju raya... yela... baju baru kan... mestilah nak melaram jugak... sebab budak opis belum nampak lagi baju raya korang tuh... betol tak?

Macam mana dengan raya korang?? happening or pening?? aku tahun ni alhamdulillah happening sangat-sangat... betol lah orang kata kalau kita bersabar dan redha pasti ada ganjaran dan hikmah di sebalik kejadian... sebelum ni dalam post aku yang Nak Tak Nak -vs- Dapat Tak Dapat ada aku nyatakan yang aku tak dapat beraya dengan si dear a.k.a incik Paraparasakura aku tuh... aku memang terima... pasrah + redha + redah jek la... tuptuptup... aku terima kejutan di awal pagi... masa tuh pagi raya... aku kan tahun ni beraya dengan keluarga mentua ku... dalam pukul 7.00 pagi aku terdengar pintu bilik aku kena ketuk... sapa lah pulak pagi-pagi kaco aku tido ni... aku pun bukak la pintu.. tiba-tiba aku ternampak sesusuk tubuh lembaga... si dear a.k.a incik Paraparasakura aku dok terjegol depan pintu bilik... wah~! syoknye raya!!! aku pun apa lagi seronok sangat sampai rasa macam nak lompat-lompat jek... terus bersemangat aku nak raya... bangun, amek towel terus mandi... yela... nak siap-siapkan si dear a.k.a incik Paraparasakura aku tuh la... alhamdulillah~ dapat jugak aku beraya dengan si dear a.k.a incik Paraparasakura walaupun dia hanya balik kejap jek... pastu petang tuh dia dah kena gerak balik Melaka balik demi berkhidmat untuk negara... blluuueeekkk~ muntah jom...

~Selamat Hari Raya~
...Mohon Maaf Zahir & Batin...
...Terima Kasih Kerana Menjenguk Blog Ni...
0 - 0
...peace no war...

25 Ogos 2011

A.D.A~

awak ADA bila saya gembira...
awak ADA bila saya sedih...
awak ADA bila saya bahagia...
awak ADA bila saya resah...

awak ADA bila saya ketawa...
awak ADA bila saya menangis...
awak ADA bila saya bercerita...
awak ADA bila saya terguris...

bila saya sepi, awak ADA...
bila saya merajuk, awak ADA...
bila saya marah, awak ADA...
bila saya membebel, awak ADA...

awak adalah yang terbaik yang pernah saya ADA...
di mana saya berada, awak ADA...
walaupun kita terpisah beratus batu, awak seperti ADA bersama saya...
ADA nya awak ADA nya saya...
dan saya cuma ADA awak...

terima kasih MOHD NORHADI~ kerana sudi melayan kerenah saya yang kadang-kadang sengal + giler... terima kasih kerana sudi menjadikan saya sebagai ISTERI awak... terima kasih kerana sudi mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut saya... terima kasih jugak sebab selalu cuba nak penuhkan permintaan saya walaupun kadang-kadang kena marah dulu baru dapat... terima kasih sebab dodoikan saya dengan lagu Sempurna by Gita Gutawa dan Sketsa Sebuah Cinta by MAY sebelum tido... terima kasih sebab tak pernah lepaskan pegangan tangan ketika kita berjalan... terima kasih kerana katakan biskut yang saya buat khas untuk awak tu SEDAP~ terima kasih sangat-sangat sebab sangat bersabar dalam menghadapi perangai saya yang pelik-pelik ni... awak sangat COOL~  terima kasih sebab selalu ada di saat saya perlukan awak walaupun kadang-kadang lambat angkat call dan balas SMS... terima kasih sebab dukung saya sampai awak sakit-sakit pinggang... terima kasih kerana sanggup menahan telinga mendengar nyanyian sumbang saya di dalam kereta... terima kasih sebab selalu marah saya bila saya bawak kereta laju-laju... terima kaseh kerana selalu ingatkan saya makan panadol walaupun saya cuma pening tengok kerja yang berlambak-lambak... terima kasih sebab tak pernah lupakan saya... terima kasih sebab selalu katakan TIDAK BOLEH apabila mata saya sudah memandang ke arah kasut-kasut dekat kedai dan berkata "kasut dalam kereta tu nak buat bundle ke?"... terima kasih kerana sudi jadi perunding imej dan pakar kecantikan tak bertauliah saya... terima kasih sebab selalu dengar rungutan saya... terima kasih jugak kerana selalu kirakan jerawat saya... sebab tu makin bertambah-tambah... terima kasih sebab selalu tegur saya bila saya buat salah... terima kasih sebab selalu bawak saya naik motor skuter V1 awak tu... laju sangat~
...terima kasih untuk SEGALA-GALANYA...

saya selalu kata "abang ni tak romantik la...", "eeee...ada ke...tak romantik betol abang ni...", "wat lah macam ni baru romantik, tu pun kena bitau ke..."


~awak memang TAK ROMANTIK tapi awak sangat SWEET tanpa saya sedari~


...semoga kita kekal bahagia bersama hingga ke syurga...

18 Ogos 2011

Kueh~ Kueh~!!

Masa cuti Hari Nuzul al-Quran semalam, aku dengan rajinnya telah buat kueh raya. apa?? nak tempah ke? belom boleh nak tempah lagi kot. cehh... perasan giler ko ni... sebab aku sorang-sorang jek buat. nak habeskan satu (1) adunan pun terkial-kial ni kan pulak yang beradunan-adunan. so semalam aku telah buat Biskut Hazel Paris asek Almond London jek aku tukar la Hazel Paris lak... aku tak pakai almond iaitu badam... tapi aku guna hazelnut... tak kesahlah London ke Paris ke janji sodap dimakan. aku bangun di awal pagi macam nak pergi kerje tu. semangat giler siot orang Johor kate. tapi tido baliklah pastu. ngantok sangat. mind da ter'set "arini kan cuti... bangun awal watpe..." betol tak? korang pun samakan? jangan nak temberang lah.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk Biskut Hazel Paris:-
1 buku (250gm) butter - aku guna Buttercup
120gm gula castor
120gm gajus/badam - aku pilih gajus
240gm tepung gandum - guna lebih kalau adunan terlembik
Hazelnut secukupnya - dibakar sekejap
Esen Vanilla secukup rasa
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang sebagai hiasan

Cara-caranya:-
1) Pukul butter + gula + esen vanilla - tapi aku gaul pakai tangan jek kata air tangan.

2) Gajus dikisar halus dan campurkan ke dalam adunan butter + gula + esen vanilla tu tadi - pun aku gaul pakai tangan jek

3) Masukkan tepung gandum sikit demi sikit, jangan gelojoh nak masukkan semua - ni pun aku gaul pakai tangan jugak *kalau rasa adunan terlembik, tambah tepung sikit demi sikit*

4) Bila adunan kelihatan perfect, da bolehlah gentel-gentelkan dia atau bulat-bulatkan dia dan jangan lupa letakkan hazelnut tersebut, barulah jadi Biskut Hazel Paris tak gitu??

5) Bila da hazelnut tersebut berjaya tersembunyi di dalamnya, bolehlah masukkan ke dalam cup. Oh yer! jangan buat terlalu besar yer, nanti dia kembang, penuh pulak cup tu. pastu taktau nak bubuh coklat tu kat mana, bubuh dalam mulutlah. terasa aku tau... oleh itu, buatlah yang sedang-sedang aja atau ikut saiz hazelnut tersebut. Bila da penuh loyang, bolehlah bakar dalam oven dengan suhu 125darjah selama 20minit.

6) Jangan lupa double-boiler kan coklat masakan. dan biarkan dia mencair. bila biskutnya da masak, biarkan sejuk sikit pastu barulah boleh bubuh coklat yang cair tu atas biskut tersebut.

 7) Hiaskan dengan badam cincang atas biskut tersebut.

TARRRRRRRRRAAAAAAAkucakuca~


12 Ogos 2011

Nak Tak Nak -vs- Dapat Tak Dapat

Korang selalu tak, dapat apa yang korang nak? apa yang korang list kan, semua tu dapat belaka dengan mudahnya tanpa sebarang dugaan dan cobaan? betul ke tu selalu? cuba fikir balik, betul ke? dan cuba fikir pulak apa yang korang dapat tu betul ke apa yang korang nak? ada tak korang dapat tu apa yang korang tak nak? apa yang nak, tak dapat. apa yang dapat, taknak. apa yang taknak, dapat. haa... *pening*
takdenya kita akan dapat 100% apa yang kita nak... cayolah cakap den ni ha... kecuali soalan exam objektif~

Mesti pernah kan alami macam tu. nak macam ni, tapi dapat macam tu pulak. lain dari yang kita nak. kadang-kadang tu taknak yang itu, tapi dapat pulak yang itu. dah tuh apa yang kita dapat tu, mestilah kita taknak. betul tak kawan-kawan?

Situasi yang aku alami:-
  • aku memang bertekad NAK kerja dengan gomen, so aku isi lah borang SPA online dan aku DAPAT panggilan interview dari SPA - mestilah aku seronok dan berharap aku lulus dalam interview then senanglah aku terus dapat kerja gomen. TAPI!! aku TAK DAPAT dan tak lulus dalam interview tu - kecewalah aku. NAMUN!! aku DAPAT interview lagi dari SPA untuk jawatan yang sama - haa... yang ni lah aku TAKNAK sebenarnya. kena interview lagi berulang-ulang kali. bukan sekali dua. tapi EMPAT kali. sampai aku dah boleh agak dah orang tu nak tanya aku apa.
Interviewer itu akan tanya:-
 First sekali beliau akan suruh "Ceritakan tentang diri anda" untung yang itu. Tapi kena ready jugak kalau beliau ada ayat tambahan di belakang "... dalam Bahasa Inggeris" dan aku penah jugak kena interview 'fully english' dari awal sampai ke akhir interview tu, speaking London jeklah aku.
Second, beliau akan tanya "Apa yang anda lakukan sekarang" atau "Pengalaman kerja yang anda ada"
Third, "Isu-isu semasa yang anda tahu" dan untung yang itu. sebab kira general lagi lah kan. kot beliau tanya "Suratkhabar hari ini isu berkaitan apa" haa... so ready-readykan lah diri anda dengan suratkhabar di sisi.
Memang kesemua interview yang aku datang, mereka akan tanya soalan ni walaupun interviewer tu orang yang berlainan dan pada tarikh yang lain. tempat dan masa pun lain jugak. soalan ni memang wajib dia tanya.
tapi sebenarnya aku pun ada terfikir jugak nape aku asek tak dapat jek, maybe NIAT aku masa tu salah. kawan-kawan, kita dalam buat apa perkara sekalipun niat kita mestilah betul. ada ke patut aku nak dapat kerja gomen tu sebab senang aku nak hidup sendiri berdikari tanpa perhatian dari mak abah. so memang salah dah tu. tapi Alhamdulillah aku dapat jugak masuk gomen lepas interview yang ke-4 tu. sebab aku dah perbetulkan niat aku. dan niat aku tu adalah..... RAHSIA!!!
 ...alhamdulillah~...
  • Ok next. dulu masa aku budak-budak sekolah lagi, aku kalau boleh memang TAKNAK bakal hubby aku nanti tu seorang askar ke, polis ke, bomba ke, dan pape jekla janji yang beruniform. sebab masa tu aku fikir, orang-orang beruniform ni kerjanya aseklah pindah rumah jek. sian lah anak-anak aku nanti. sekolah tak sempat nak abes, kena pindah pulak sekolah. TAPI!! bila dah besar ni, DAPAT pulak aku hubby seorang askar. haaa...amek ko... aku redha jeklah. dah jodoh... nak buat macamna...

  • Pastu sekarang ni kan dah nak raya. padahal baru puasa yang ke-12. aku sebagai pengantin baru actually pengantin basi mestilah NAK beraya dengan si dear~ suamikucayangbucuk tu. tapi aku TAK DAPAT sebab si dear~ berkhidmat untuk negara. askar kan... poyo giler... dan apa yang aku DAPAT, dapat beraya dengan mak mertua + bapak mertua + adek bradek ipar yang lain. errr... oklah tu...

  • Lepas tu bila dah beraya dengan keluarga mertua, mestilah aku TAK DAPAT beraya dengan mak + abah aku. dan itu lah yang aku TAKNAK tapi aku DAPAT. sorry lah mak + abah dan adek-bradek yang lain sebab tak dapat follow balik raya Negeri Sembilan. sob...sob...sob... T_T
Papepun kat sini, kita sepatutnya patut bersyukur dengan apa yang kita dah dapat. memang kat dalam dunia tak semua mende yang kita nak, kita akan dapat. setiap apa yang kita dapat tu sebenarnya terselit 1001 hikmah yang mungkin kita tak pernah sedari. yang penting kita bersyukur. mungkin kita tak dapat sebijik yang macam kita nak, tapi kalau dapat yang sipi-sipi nak sama tu pun kira oklah kan.
Dan yang penting sekali jangan kita bezakan apa yang kita pernah dapat sebelum ni dengan apa yang kita dapat sekarang. eh... tiba-tiba lari sikit topik... apa yang kita ada sekarang itu lah terbaik untuk kita sebenarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara 2012 poyosz de squerra. Sekian, terima kasih!